I'm not judging JPJ for their unresponsive system lately. We're doing great actually. But all the things in this world are unavailable for a moment. Guess what, finally kes berkenaan kereta ayah aku yang tak boleh bergerak after 2021 tu pun selesai. Alhamdulillah. Well, it's actually not that hard. But, kita cuba mana-mana cabang yang boleh, asalkan perkara tu selesai dengan jayanya. Seriously aku sangat lega dan berterima kasih dengan pihak JPJ. Berkenaan road tax kereta ayah aku pun dah selesai.
Ceritanya macam ni. Haritu, aku called JPJ untuk complain rasa tidak puas hati aku dalam menggunakan website JPJ yang katanya kene apply online untuk appointment. Malangnya segala tips-tips yang aku ajar berkenaan how to apply an appointment kat website JPJ tu adalah salah ye. Tapi takpelah, aku takkan padam bende tu because I know it was my mistake anyway. And aku takkan biar korang pun terpalit dengan kebodohan yang aku buat sebelum apply JPJ. Remember, SEBELUM MENULIS DAN SHARE, BACA DULU. Ini bertujuan untuk mengelakkan kebodohan tersebar merata-rata tempat. Manusia kan selalu baca tanpa mengkaji. Buat membabi buta dan menyebar tanpa usul periksa. Jadi perkara tu akan mendatangkan salah faham. Jadi, gunakanlah akal yang bijak untuk menulis dan berkongsi ilmu. Sesungguhnya ilmu itu mahal ye anak-anak.
Okay, mari aku ceritakan kisah aku dengan customer service JPJ. Aku telefon laa JPJ Taman Daya near my place. Aku ceritakan semua masalah aku yang tersangkut haritu katanya pemilik kenderaan meninggal dunia lah, kad pengenalan tak sepadan dengan no plat kenderaan lah dan sebagainya. Lepastu aku ceritakanlah pasal kereta ayah ni dah tak boleh bergerak after 2021 sebab hujung tahun ni dah genap 3 tahun ayah tu meninggal dunia. Kau tahu apa jawapannya?
"Maaf cik, tapi apa yang cik buat tu memang salah. Nak apply appointment JPJ tak perlu pun login website JPJ. Cik boleh terus ke Facebook JPJ Johor untuk apply appointment JPJ. Kita guna google form sahaja. Tak perlu guna no plat kereta pun. Dia ada pin dekat Facebook JPJ Johor. Pasal kereta ayah cik tu, saya rasa cik kene datang untuk buat rayuan ke kaunter. Urusan Faraid tu dah selesai ke belum? Kalau belum kena bawak surat lawyer kalau ada dengan cover note. Pada saya 3 tahun tu masih boleh diterima. Tapi kalau 5 tahun tu dah lama sangat dah."
Then aku pun pergilah melawat Facebook JPJ Johor. Indeed, ada je link yang diorang pinnedkan dekat Facebook JPJ Johor tu. Lalu aku pun tekan laa link yang ada dekat situ. Banyak link ada dekat page tu. Tapi, korang kene pilih ikut korang punya daerah laa. Macam aku, aku pilih nak pergi yang dekat dengan tempat tinggal aku. So aku dengan rasa gembiranya pergilah klik and nak apply segera. Rupanya kena tunggu 10 pagi esoknya. Sebab dia hanya bukak pukul 10 pagi sahaja.
Aku teruskan mencuba pada hari berikutnya. Then guess what? Diorang rupanya bukak application for appointment tu sekejap je. Punyalah nak jaga SOP. Aku tengok dekat bahagian komen memang ramai orang mengamuk sebab sistem hanya dibuka sekejap je. Haritu aku bengang jugak sebab several time aku cuba apply pun tak dapat-dapat. Eh kejap aje dah penuh. Baru lambat 4 minit. Like, kata buka pukul 10 pagi. Takkan aku lambat 4 minit pun dah tutup? Seriously? Jadi aku giveup takat tu jela. One day, out of nowhere, tetibe aku bukak laa link JPJ tu around pukul 9.58 pagi macam tu. Then guess what aku berjaya daftar ahahaha rasa nak menjerit. Akhirnya Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah.
Pastu esoknya akak aku pergilah JPJ untuk settlekan semua kes-kes berkaitan. Semua bisa diatur sih. Cumanya memang ramai laa orang beratur memang panjang sampai luar pagar. So korang mana-mana yang tak settle lagi tu boleh laa rajin-rajin baca posting kat Facebook JPJ Johor (untuk for those yang stay Johor). Negeri lain mungkin ada facebook page sendiri. Tak silap aku lately ni diorang pakai sistem baru kot. Guna apps MyJPJeQ. Aku cuba jugak godeh-godeh haritu. Tapi menuju jalan buntu. So aku tak buat.
And guess what, pasal permohonan pergerakan kereta ayah aku untuk tempoh selanjutnya tu, pihak JPJ bagitahu, sebenarnya kereta masih boleh bergerak after 3 years pemilik kenderaan meninggal dunia. Cuma, pihak JPJ mintak selesaikan faraid secepat mungkin. Bende ni makan masa sebab apa tau? Sebab COVID. Jadi, kalau kes naik pihak mahkamah kene tangguhkan laa. Nak buat macam mana, kita anak guam kena ikut prosedur mahkamah yang dah ditetapkan. Ikutkan kereta tu boleh bergerak sampai 2023. So syukurlah semuanya dah settle. Cuma faraid jela yang belum settle.
Berdasarkan kisah aku ni, there are few lessons learn here.
1. Kena banyak membaca, banyak mengkaji dan banyakkan bertanya.
Malu bertanya sesat jalan. Kadang-kadang kita terlalu banyak alasan and mungkin kita ni taknak bertanya sebab taknak nampak macam kita ni bodoh. tapi kita kena faham dan akur, yang badan-badan kerajaan ni sebenarnya dah cuba sebaik mungkin untuk improve diorang punya services. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia, kena banyak-banyak bersabar dan teruskan mencuba sebab kita tak ada dekat tempat diorang. Maybe kalau kita ada kat tempat diorang pun we dont even know how to handle the system in order to control the numbers of cases in Covid-19.
2. Bila dah tahu cara, kena selalu cuba tanpa give up.
Dah tahu cara kena cuba sampai boleh. Setiap masalah tu mesti ada jalan penyelesaiannya. Mana ada masalah takde solution. Cuma kita je yang selalu create alasan untuk cari solution bagi masalah-masalah yang datang. Setiap hari ada je masalah yang baru. Bukan tak ada.
Itu jelah aku nak share. Hope posting kali ni bermanfaat. And now I know kenapa arwah ayah aku kalau nak tahu sesuatu tu dia buat research gila-gila. Arwah ayah aku bukannya orang yang ada bertimbun-timbun buku. Prinsip hidup dia, ada kawan kan? Tak tahu, google dan tanya kenalan yang lebih tahu. Sebab tu hidup jangan selalu sombong-sombong and banyakkan bergaul. Takde istilah terlambat dalam melakukan perubahan. Ciao~
No comments:
Post a Comment