August 03, 2021

LIFE PURPOSE: BANYAK JE BENDE NAK KENE BUAT

2 or 3 days ago aku stalk sorang budak ni. Nak katakan aku kenal dia, memang aku tak kenal pun dia sebenarnya. Normally tengok dia dari jauh, gelagat dia dengan kawan-kawan dia. Itu jelah. Am I into him? No, not really. Pada aku dia macam biasa je. But, 2-3 hari ni baru aku rasa life ni actually full of purpose. Dia pun tak kenal aku. Thing is, bila aku start stalk dia dari instagram sampailah aku personally sneak into his blog (he's a blogger anyway) cuma aku blogging lagi lama dari dia. 

Tengoklah blog aku takde simpan kisah dari aku zaman sekolah. Sebab I less appreciate dengan life yang aku ada. Serious, aku memang tak kenal dia, and dia pun memang tak kenal aku. Tapi apa yang buat aku terdetik nak cakap pasal dia was, dia buat aku sedar yang Tuhan tu cipta aku, bukan untuk bazir masa, bukan untuk bersedih sampai bila-bila. Walaupun kita ni hidup susah ataupun hidup sederhana, tapi sebalik kesedihan yang kita hadap tu, bukan untuk ditangisi terus menerus dan dikesali sampai bila-bila. 

Kita masih ada hari esok. Kita masih ada harini. Hari yang kebelakang tu mungkin kita boleh ingat, tapi ingat moment yang indah-indah je. Aku pesakit depression and anxiety, bipolar disorder type II. You know, susah sebenarnya untuk meninggalkan masa lalu, maafkan diri sendiri dan terima kekurangan kita masa lalu. Tapi, masa akan datang tu lebih bermakna, walaupun kita banyak fikir bende bukan-bukan sampai terlalu takut and leads to anxiety. Senang cerita, meet this mamat was a bit relieve for myself even dia tak pernah advice aku, tengok muka aku betul-betul depan mata 4 dia. 

Siapa dia tu tak penting. Apa aku boleh bagitahu, dia orang biasa, almost stranger pada aku. Tapi, life dia penuh dengan aktiviti-aktiviti yang boleh isi masa lapang dia. Dia kerja, macam biasa. Shift. Sometimes masuk noon, balik morning and even dia rajin je buat OT. Aku perasan laa bende tu. 

Tapi, bila tengok instagram and blog dia, waktu kerja pun dia rasa enjoy. Less stress. Bila dia balik kerja or cuti, dia sempat buat hobi dia, sempat lepak dengan kawan-kawan, boleh berjalan-jalan, main kucing dan lain-lain. 

When it comes to my life, it is totally different. Aku kalau sedih dengan life aku, aku teruslah bersedih dan tak buat apape. Ada satu post dekat instagram aku,

"Past time will leads you to a trauma and depression. The future will leads you to anxiety" 

Depression and anxiety, boleh dikawal if seseorang tu tahu macam mana nak distract kesedihan dia dengan buat bende-bende yang dia suka. I did. Aku cuba macam-macam. Tapi once bila aku takde mood, semua tak jalan. Kalau suka menulis, teruskan menulis. Jangan stop, Nasreen. Thank you to that mamat. Mungkin Tuhan hantar dia kat aku supaya aku tahu, that this life is full of meaning and banyak lagi bende kita kene buat instead of bersedih, mengenang nasib and tak buat apape. 

Do something! Busykan diri. Sekarang pun aku cuba slow-slow siapkan posting aku dekat blog sebab aku rasa minat aku dah ada spark semula lepas aku stalk mamat ni. My stalking skill works well! Yela aku pun sebenarnya tak tahan nak pergi jumpa psychiatrist selalu, aku taknak makan ubat selalu. But i try habiskan ubat untuk elak aku berfikir terlalu banyak sampai hidup aku pun terganggu. 

Aku pun dah penat jadi hamba mood. Bila tak ada mood, tak gerak. Banyak je sebenarnya aku nak tulis kat blog ni. Tapi semua aku save as draft je. Barang-barang lukis aku pun memang lama gila aku tak sentuh. Barang makeup pun kadang-kadang bila mood sampai, aku makeup laa cantik-cantik. So, lets be positive. Aku rindu diri aku masa ayah ada. Memang laa ayah tu suka marah-marah, tapi at least semangat nak hidup tu ada. 

In conclusion, ada banyak perkara kita kene buat dalam life. Bahkan, banyak sangat bende penting yang kita kene isi dalam life kita untuk kita kekal positive, boleh ubah diri kita mana yg tak elok and also buat kita jadi happy. Jujur cakap, aku tak pernah rasa happy dalam life aku and aku jarang appreciate diri aku sendiri. But this mamat was a life saver. Aku taknak reveal banyak-banyak. Kalau dia godeh-godeh blog aku, nasib laa. But, I really appreciate him. Thanks to Allah for letting me know him even aku tak pernah bercakap dengan dia. 

Apa yang aku belajar dari mamat ni adalah, walaupun kau orang biasa, kerja biasa-biasa but you are the boss who drive your own life. Memanglah aku tak rasa kesedihan dia or aku tak pernah tahu apa yang dia dah lalui sebelum ni. Tapi, sekecil-kecil achievement ataupun sekecil-kecil perkara yang dia buat, dia akan rasa happy and dia really appreaciate that moment. Really inspiring. Anyway, thank you awaknye. 

No comments:

Post a Comment