Jadi aku gagahkan diri untuk menaip. Serba sikit boleh laa aku share apa yang aku buat sepanjang PKP 2 bulan yang belum tahu penghujungnya bila. Sedar-sedar dah kiamat. Naudzubillah. Kiamat tu pasti. Yang pasti kita kene sedia. Ha aku taknak bebel panjang-panjang. Bukannya boleh turunkan kes. Apa pun doakan untuk Malaysia. Semoga tak mengarut.
Satu movie yang aku rasa underrated! Aku jumpa movie ni kat instagram. Sebab aku kalau tak ada kerja kat rumah, memang aku tengok movie. Aku suka movie yang bergenre thriller, mystery, horror or sci fi. Sci fi tu kurang cikit. Tapi acceptable laa. Aku suka. Aku suka menyiasat. Hahah kalau join i can see your voice aci tak? Lel.
Movie kali ni yang aku nak review is;
Title: The Lovely Bones
Rating: 6.5/10
Date released: 2010 (Malaysia)
Cast:
• Saoirse Ronan as Suzie Salmon
• Stanley Tucci as George Harvey
• Rachel Weisz as Abigail Salmon
• Mark Walberg as Jack Salmon
• Susan Sarandon as Granny Lynn
• Rose Mclver as Lindsey Salmon
• Reece Ritchie as Ray Singh
• Carolyn Dando as Ruth Connors
Okay, aku dah reveal sikit info pasal cerita ni. And aku nak cerita surface-surface je. Hope aku tak spoilkan pembacaan korang eh. Basically pelakon-pelakon untuk movie ni pun aku sendiri tak kenal. Maybe ada, tapi aku tak cam diorang berlakon cerita apa.
Cerita ni mengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Suzie Salmon yang dirogol, dibunuh dan dikerat anggota badannya dan mayatnya disimpan di dalam peti besi. Suzie ni hilang sekitar early 70's. The actual date yang dia hilang adalah 6th December 1973. Vibes dalam cerita ni very retro, very 1970's laa orang kata. Zaman mak mak kita punya dressing memang diorg reveal teruk. Yang aku suka watak dalam cerita ni adalah watak Grandma Lynn. Nenek dia retro gila. Seorang yang kaki alcohol, drugs and smoking 24/7.
Suzie didapati hilang lepas Ray Singh ajak dia keluar on Saturday. Jadi, parents dia mula risau sebab dia tak balik-balik dari sekolah. Dia ada adik yg bernama Lindsey and Buckley. Semua orang risaukan dia sebab dia baru sahaja berumur 14 tahun at that time.
Something unusual berlaku kat family Salmon. Dalam cerita ni, roh Suzie ni ceritakan sendiri apa yang dia nampak and dia bagi hint-hint untuk reveal siapakah perogol, pembunuh dan penjenayah sebenar. Suzie ni kira roh yang tak settle lagi kerja dia kat dunia. Jadi rohnya tak tenang. Typical cerita melayu mesti korang rasa Suzie ni balas dendam kan mcm jadi hantu ke apa kan? Sebenarnya tak. Dia mcm berkomunikasi dengan bapak dia sendiri Jack Salmon yang gagal menjumpai anak perempuan dia setelah berhari-hari dia cari. Then pihak polis pun sahkan yang Suzie ni hilang kat Corn Field Pennsylvania. Diorang jumpa topi Suzie, dan kesan darah kat Corn Field tu.
Semua kejiranan disoal siasat untuk bagi keterangan. Tiba kat sorang mamat ni yang memang fishy gila. Guess what? Suzie Salmon dirogol, dibunuh dan dikerat badannya oleh jirannya sendiri, George Harvey.
Korang rasa, George Harvey ni kene tangkap dengan polis tak? Jawapannya adalah TIDAK ye anak-anak. Malangnya, si pembunuh ni dikantoikan oleh Lindsey, adik Suzie yang dah lama perati si Harvey ni. Dia pecah masuk rumah Harvey and dia jumpa satu notebook yang ditulis, dilukis dan plan-plan Harvey semua dalam tu.
Harvey tu masih terselamat setelah dia larikan diri dia dan dia buang mayat Suzie kat Sinkhole city Dump. So mayatnya tidak dijumpai. Tapi, setiap gerak geri Harvey, ada sorang budak perempuan tahu dan nampak, Ruth Connors namanya. Dia nampak roh Suzie. Ternyata Harvey melarikan diri ke daerah lain dan cari mangsa seterusnya. Tapi, Suzie adalah mangsa terakhir Harvey. Harvey mati sebab jatuh gaung dan mayatnya tidak dijumpai. Takde siapa nak cari mayat pembunuh tu. Nak tengok muka Harvey tu camne? Jap eh.
Inilah George Harvey, seorang Pedophile, perogol, pembunuh dan penjenayah yang semua orang tak tahu. Kegemaran dia masa musim panas adalah, dia suka duduk kat corn field and skodeng young couple beromen! Aaaa takutttt!!! Muka pun macam pakcik-pakcik gatal kan? Aku pernah jumpa do pakcik gatal muka exactly macam Harvey. Si Harvey ni dah rogol dan bunuh 7 anak gadis tanpa ditangkap polis. Mangsa Harvey yang paling muda berusia 6 tahun. Like whatttt???? Aku sendiri tak faham do apa yang pedophile ni rasa bernafsu dekat budak-budak. Sumpah tak faham.
Cerita ni bukan based on true story. But penulis cerita ni just bagitahu apa yang terjadi dekat mangsa-mangsa paedophile yang dirogol, dibunuh dan jejak pembunuhnya tak diketahui. Banyak kot kes macam ni. Finally, kes ditutup and diorang declare mangsa hilang.
Moral of the story;
1. Parents nowadays kene lebih berhati-hati dengan orang sekarang. Ramai yang makin gila and have odd fetish like pedophile.
2. Anak gadis, jangan terlalu percaya dengan strangers. Not all time ppl out there berhati mulia. Sometimes muka je baik tapi dia adalah syaitan bertopengkan manusia.
3. Jangan berseorangan wherever you go. Pastikan berteman and balik rumah awal.
4. Yang perempuan, tolong jaga diri. Nak pergi mana-mana bawak kawan-kawan ramai sikit. Orang-orang yg berbahaya macam Harvey ni tak kira kau tua ke muda ke, kalau dia dapat kau ingat nak lepas? Ya Allah, Naudzubillah.
Semoga Allah lindung diri kita dan anak-anak muda dari segala bahaya. Amin. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment