Each time I watched this drama, I got fucked up! Guess what, pengarah drama ni memang suka buat cerita-cerita yang agak mind blown, yang tak cliche sangat. But still, ada je bende-bende normal dalam sebuah drama which;
1. Anak orang kaya vs anak orang miskin
2. Anak orang kaya mewarisi syarikat bapak dia
3. Rampasan kuasa orang luar
Perkara di atas ini adalah normal. Tapi, aku rasa drama ni better dari drama-drama lain. But Im not gonna critisized this drama. Pada aku okay je kot. Sesuai untuk tontonan umum. Cerita ni mengisahkan 4 orang kawan satu universiti, bercinta dan bercita-cita mendirikan rumah tangga. Ada 4 main characters yang aku rasa memang play their roles really well. Im really impressed.
Azlan- Nazim Othman
Juweta- Nad Zainal
Ruhila- Elvina Mohamad
Ean- Elvin Chong
Cerita dia macam ni. Azlan dan Ean memang berkawan baik. Macam tu jugak Juweta dengan Ruhila. Juweta dan Azlan didnt know each other. Sampailah satu hari Azlan ternampak Ruhila yang cantik. So Azlan fell in love dengan Ruhila. But, he didnt know Ean dapat Ruhila dulu. Bila Azlan tahu yang Ean bercinta dengan Ruhila, dia kecewa. So diorang macam saje blind datekan Azlan dengan Juweta.
Watak Juweta ni memang teruk punya orang. Dia panas baran, kalau dia rasa nak hambur orang, pakai maki je. Nak dijadikan cerita, Azlan dengan Juweta ni kahwin. Tapi Azlan langsung tak cintakan Juweta sebab dalam hati dia ada Ruhila. Juweta ni mati-mati ingatkan Azlan tu sayang dia, cintakan dia. Sampailah, satu hari tu dia buat taik dekat Juweta, tukar nama company, harta semua dia rampas dengan mudah. Azlan halau Juweta dari rumah tapi dia tak ceraikan Juweta.
Ruhila pulak diketahui mengandung. Mula-mula Ean ni nak bertanggungjawab. Tapi Cik Salmah (Didie Alias) ni tak suka kat Ean. Sebab Ean tu cina, orang kampung dan dia tak berharta. Jadi Cik Salmah ada idea jahat supaya Azlan tu dijadikan pak sanggup pada masa yang sama dia nak rampas harta-harta dari Azlan. Azlan happy laa dpt kahwin ngan Ruhila. Dia ingatkan Ruhila tu memang nakkan dia. Tapi, dia tak tahu pun Ruhila tak pernah cintakan dia. After that baru dia buat taik, halau Juweta dari rumah, rampas harta and so on.
Cerita dia berbelit jugak. Rebut-rebut anak sampai melibatkan kes mahkamah, tuntutan hak apa semua. Sebab Ruhila ni dah buang anak, pastu dia nak anak tu balik. Tak faham aku. Si Azlan tak buang anak tu, dia bawak balik rumah and dia cakap kat Juweta yang dia jumpa anak tu dekat surau. Sekali tahu tak anak diorang (Mika) tu sebenarnya bukan anak Ean dengan Ruhila. Tapi jeng jeng jeng! Anak si Hakim dengan Ruhila. Bodoh kan? Plot twist tak ngagak doh. Serious, pelakon-pelakon utama semua tak expect siot! Azlan memang tak tahu pun yang Ruhila tu pregnant anak Ean.
Dijadikan cerita, Azlan buat DNA test and dia buat test kesuburan. Finally dpt tahu yang dia bukan bapak Mika. Apa lagi, gugurlah cerai terhadap Ruhila lepas dia dengar Mika sendiri cakap dia anak Ean. Azlan jatuh muflis dibuang kerja and tak dpt apa-apa pun dari Juweta. Tapi yang satu Malaysia fucked upnya, Hakim. Buat kerja bila siaa? Dia rogol Ruhila tanpa sedar, pastu semua orang tak tahu Mika tu anak dia. Semua orang tertipu dengan Budak Ijat. Siot je. Hhaha anyway, aku rate cerita ni 8/10. Budak ijat banyak buat drama yang extraordinary. Plot twist yang tak masuk akal. Hahahah sape tak tengok lagi, p laa tengok. Mesti korang stress.
Dah tu je aku nak cerita. Pengajaran kat sini
1. Jangan buang anak sepah-sepah. Kita tak tahu nasib anak tu baik ke apa ke. Pastu nak kutip balik? Lel
2. Jangan sailang laki kawan baik sendiri ataupun orang2 lain
3. Jangan tamak harta. Nanti tak dpt apape. Karma is real tho. Orang melayu, nak-nak yang takde kene mengena suka sangat tamakkan harta orang lain. Kau nak harta, kau cari sendiri. Eh nak jalan pintas je.
Okay, bye!
No comments:
Post a Comment