July 26, 2021

PTPTN: Betul ke bohong?

Hi harini aku nak ajar cara-cara macam mana nak bayar PTPTN secara lump sum menggunakan online banking. Senang je eh. So sekarang ni aku nak bagi mukadimmah sikit pasal PTPTN. Most of rakyat Malaysia yang nak sambung belajar ke peringkat Diploma, Degree even kau study sampai Master pun ada sediakan pinjaman. Sebab tu, orang sekarang kalau nak sambung Master, rela kerja dulu kumpul duit siap-siap untuk kejar impian. No money no talk weh zaman sekarang ni. Apa cara sekalipun hutang PTPTN wajib dibayar ye anak-anak. Dah pandai pinjam, kenapa taknak bayar? Dari mana duit tu datang, doesnt matter (sumber yang halal), yang penting kau bayar. Duit PTPTN tu dah guna untuk makan minum sepanjang dalam tempoh pengajian, dah jadi darah daging takkan taknak bayar? Aku pun tak faham macam mana nak bayar PTPTN ni dulu. Semua graduan risau, dengan pekerjaan yang susah nak dapat zaman sekarang ni, dengan kos sara hidup makin tinggi, nak fikir bayar hutang lagi. Tapi nak buat macam mana kan? Dah cerita dia macam tu nak buat macam mana. Mana yang dah bergaji tu bayarlah sikit-sikit. Mana yang belum lagi, usahakanlah apa yang patut. 


Jadi ini adalah sedikit sebanyak yang aku tahu untuk bayar lump sum ataupun bayar secara ansuran. Ingat ye, PTPTN akan letakkan bunga 6 bulan lepas kau tamat pengajian. Patutlah classmate aku berlumba-lumba cari kerja macam tak tunggu hari esok. Okay, aku dah faham sekarang. Tapi, buat anda yang mampu untuk bayar PTPTN secara lump sum cash, first thing first, ucaplah tahniah pada diri sendiri sebab anda tak perlu menanggung beban bunga yang berkuntum-kuntum. Alhamdulillah, aku salah sorang yang bayat secara lump sum cash. Tu janji arwah ayah aku. Bila nak beli kereta atau rumah, perkara pertama yang orang bank akan tanya adalah, 

" PTPTN awak dah habis bayar atau belum?" 

Ini serba sedikit memudahkan aku untuk beli kereta atau rumah. Alhamdulillah, cuma aku belum ada kerja tetap. Hahaha 

Apa yang korang perlu tahu untuk bayar PTPTN secara online. 

1. Call pejabat PTPTN berdekatan korang and cakap nak bayar PTPTN 

2. Orang PTPTN akan tanya

a)no kad pengenalan kau
b) tarikh tamat pengajian
c) adakah kau dah bekerja atau belum d)nak bayar lump sum ataupun ansuran 
e) Result kau (First class ke, second class upper ke) 
* yang ni aku nak note sikit; certain orang perasan dpt dekan every sem pun kata tak payah bayar PTPTN. Tapi, berdasarkan apa yang diberitahu oleh orang PTPTN, there's nothing FREE nowadays. Kalau kau first class degree sekalipun, tapi kalau kau tak claim pengecualian bayaran as graduan first class dalam masa 1 tahun lepas grad, say bye bye to "biasiswa FREE". Bende ni betul do. Bukan aku tipu pun. Tapi orang PTPTN yang pesan kat aku macam tu. Sebab bunga akan di cas setahun lepas habis degree. Ha gitulah. 

Bila dah bagi butiran yang diorang nak,untuk orang yang nak bayar ansuran, korang boleh set berapa bayaran bulanan utk dibayar kat PTPTN melalaui pegawai PTPTN. Nanti diorang kirakanlah sekali berapa ikut pada gaji korang. Nak tolak gaji pun boleh rasanya. Untuk yang nak bayar lump sum, korang boleh terus bank in jumlah bayaran menerusi acc PTPTN. Tapi aku tunjuk guna Maybank2U jelah. 

1. Click 'pay'
2. Click 'JomPAY' 

3. After that dia akan keluar macam ni. Korang search ' PTPTN Bayaran Semula Pinjaman' and click natang tu. 

4. Dia akan keluar macam ni. So korang isi details ; no telefon dan no kad pengenalan. Tekan CONTINUE

5. Then keluar macam ni. Korang masukkan laa berapa jumlah yang patut korang bayar. Pastikan jumlah yang korang masukkan tu sama dengan jumlah yg orang PTPTN bagitahu. Jangan tertinggal 1 sen pun ye. 

6. Dah tu, procedurenya macam biasa. Dptkan TAC number kat mesej handphone korang. Jangan lupa save receipt ye. Sebab nanti korang kene notify orang PTPTN yang korang dah habis bayar. Notify thru email pun boleh. 

7. Simpan jugak receipt untuk diri sendiri jadi kalau ada apape yang berkaitan PTPTN, ada kes ke apa ke, boleh buat rujukan. Penting tau. 

Akhir kalam, korang jangan lupa bayar PTPTN tau. Sekarang lagi mudah. Ada moratorium, penangguhan bayaran apa bagai. Syukur sangat. PTPTN tu tak tipu. Tapi kita yang rasa ditipu. Sebab tu sebelum apape, baca dulu perjanjian yang kita sign masa mohon PTPTN. Tu je aku nak share. Sekian. Bye! 

No comments:

Post a Comment