Aku tak tahu macam mana nak mula. Sampai sekarang aku masih rasa kehilangan. Kehilangan orang yang aku sayang. Sometimes, Tuhan amek orang yang kita sayang sebab Tuhan nak habiskan semua ujian yang dia dah lalui. Tapi, Tuhan uji kita dan pada masa yang sama, ada hikmah disebalik kejadian yang jadi. 16 Disember 2019. Tarikh ni, tarikh yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Tarikh yang aku akan ingat sampai aku mati. Aku kehilangan orang yang aku sayang. Pada zahirnya nampak aku macam tak kisah, macam aku tak sayang pun dekat dia. Tapi, dialah tempat untuk aku bertengkar bila aku tak puas hati, share minat yang sama, orang yang selalu condemn and sakitkan hati aku and pada masa yang sama, dialah orang yang selalu semangat nak hantar kitorang pergi belajar. Semuanya hilang sekelip mata. Dia ayah aku. Time flies too fast, I didnt realized that I've lost my dad.
Ayah dah sakit lama. Sejak tahun 2010. Aku ingat lagi, masa tu dia kena buatan orang. Aku tak tahu kenapa orang tu kejam sangat nak ayah aku mati. Orang sekarang ni hati busuk tak boleh bawak bincang nak-nak Melayu. Kalau dah nama Melayu tu hasad dengki penuh kat dada. Lepas setahun dia terseksa kena buatan orang, alhamdulillah dia sembuh. Tapi sembuh pun, bende tu still bagi effect yang buruk kat kesihatan ayah. Means here, lepas daripada tu pun memang ayah masih sakit lagi. Hidup dia bergantung pada ubat-ubat doktor jelah. Orang tua mana nak sangat pergi jumpa doktor. Puaslah pujuk taknak pergi. Mungkin dia takut kot nak buat medical check up and follow up arahan doktor. Sakit apa lepas tu. Macam-macam. Lemah jantung, buah pinggang, darah tinggi, banyaklah.
Masa ayah betul-betul kritikal aku dah sem 5. Dua tahun lepas, bulan Disember. Aku dah dekat nak final. Dugaan untuk aku adik beradik sangat besar. Orang lain boleh focus untuk belajar, focus subject 6 credit hour macam studio, tapi aku dengan adik beradik aku risaukan keadaan ayah. Sebelum ayah meninggal, sebelum dia kena warded lagi, aku dah mimpi macam-macam pasal ayah. Tapi, aku cuba positif jelah masa tu. Setiap minggu aku berulang alik dari Shah Alam ke Melaka. Risau sangat apa-apa jadi. Bayangkan setiap kali aku melawat ayah mesti aku nangis. Dengan machine dialysis, incubated lagi apa lagi. Wire? Tak payah cakap. Satu badan dia penuh wire. Aku ni anak dia pun sumpah, rasa terkilan and sangat sedih. Tapi aku tak tahu apa perasaan ibu masa ayah dah warded. Aku pasrah gila.
Ayah yang pilih sendiri untuk warded. Dia nak pergi pakar pagi tu dalam pukul 11 pagi. Alih-alih pakcik Rozaiman dah datang nak amek dia dengan ibu untuk ke Putra Specialist Hospital, Melaka. Doktor pun berulang kali kata, "ayah awak ni kritikal. Aku doakan jelah ayah selamat. Tak putus kami doa. Seminggu dekat PSH, ibu nak pindahkan ke General Hospital. Masa dekat Hospital Melaka tu, nurse pun tengok ayah gitu-gitu je. Aku tak faham kenapa nurse-nurse ni kadang-kadang haprak jugak. Bayangkan, mandikan pesakit jauh sekali. Mungkin sebab dia rasa macam ayah tak ada harapan hidup, diorang biarkan je. Aku risau gila.
Then aku balik ke Shah Alam macam biasa. Kawan-kawan aku ramai yang bagi support kat aku, tapi lecturer aku tak sorang pun tahu. On that week yang ayah meninggal, hari Sabtu tu aku balik ke Melaka. Sampai sana dalam pukul 8 malam which aku tak sempat jenguk ayah dekat wad. So balik jelah rumah uncle. Malam tu aku mimpi ayah cakap dia nak pergi. Bila aku tanya nak pergi mana, he told me "ayah nak pergi" keep telling me repeatedly. Masa tu pulak aku demam, so tak digalakkan masuk wad takut jangkit ke apa ke kan. Pagi tu, aku bangun tidur dalam pukul 10 lebih. Then ibu cakap hospital dah telefon. Diorang kata, ayah tenat.
Aku fikir dua tiga kali nak pergi ke tak. So ibu cakap, siap-siap jelah nak ke sana. Kebetulan masa tu uncle balik rumah mak mertua dia dekat Paya Rumput. Dia kata, "nanti pergi hospital naik grab boleh? Uncle kene balik rumah mak auntie ni." Masa tu Tuhan uji kitorang 5 beranak. Request grab tapi satu grab pun tak ada area rumah uncle. Sebab rumah Uncle aku area Cheng. Peliklah tak ada sebab Cheng tu kawasan bandar. Aku cam pelik siaa. Apsal haritu takde langsung grab. Then kitorang call Uncle, bagitahu takde langsung grab. Dalam pukul 12 macam tu Uncle sampai then bawak kitorang pergi hospital. Sampai-sampai hospital dalam pukul 12.30 tengah hari macam tu, tengok-tengok tirai dah ditutup, mayat dah diselimutkan. Allah. Luruh jantung aku. Aku macam tak percaya, ayah dah tak ada.

Satu family aku tak sempat jumpa ayah on that day he left us. Sedih sangat, Allah aku tak tahu nak cakap macam mana. Sebab sekelip mata Allah tarik pinjaman dunia. Jenazah ayah dikebumikan dekat tanah perkuburan belakang rumah je. Lepas isyak macam tu, baru kebumi. Allah, itulah last aku cium dahi, pipi dia. Korang takkan dapat gambarkan, apa perasaan aku masa tu. Ibu? Jangan tanyalah. Semua orang sedih dia dah tak ada.
Kerap kali mimpi arwah ayah lepas dia meninggal. Yelah orang kata kalau mimpi arwah maknanya dia nak mintak kita doakan dia. Setelah perginya seorang hamba Allah, maka terputuslah segala amalan di dunia kecuali tiga perkara, sedekah amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat. Hadis riwayat Muslim. Lepas ayah meninggal, hidup aku berubah. Aku jadi makin pasif, kawan-kawan semua perasan, lecturer pun perasan prestasi aku makin merosot. Sometimes aku nak pergi kelas, aku pergilah. Kalau aku taknak pergi, aku akan ponteng tanpas serba salah. UiTM kalau nak ponteng max 3 kali ponteng tanpa sebab, kau dah kene surat amaran and tak boleh sit for final exam. Tapi masa tu aku buat dek je, layan perasaan aku.
Sem 5 aku rasa pointer aku jatuh gila. Aku bukak buku, study sekadar nak sedapkan hati aku. Padahal masa dalam exam hall, aku jawab exam macam nak nangis. Sumpah aku tak boleh buat langsung. Nak buat thesis pun tak senang. Hari-hari mood aku swing, seolah-olah tak redha dengan ketentuan Tuhan. Bukan tak move on, cerita dia kat sini, selagi orang yang kau sayang masih ada atas dunia ni (tak kisah parents ke, adik beradik ataupun orang-orang yang rapat dengan kau) kau tak rasa pun rindu ataupun terkenang ataupun rasa menghargai. Bila dah tak ada, rindu tu payah nak cakap. Sebab kau rindu dekat orang yang dah tak ada. Bukan nak salahkan arwah ayah sebab dia meninggal time hujung-hujung, tapi itu adalah ujian untuk aku, ibu and adik beradik aku. Masa ayav meninggal macam-macam aku fikir. Banyak sangat fikir. Orang lain takkan faham. Ada kalangan kawan-kawan aku yang mak atau bapak diorang meninggal dalam keadaan, abang/kakak dah bekerja, while diorang anak bongsu, ataupun mak/bapak meninggal dalam keadaan waris yang tinggal masih bekerja walaupun diorang anak sulung. Masing-masing kesusahannya berbeza-beza. Banyak kali aku cakap dekat lecturer aku nak berhenti belajar je. Sebab aku tinggal satu sem, berbaloi jugak laa reverse psychology geng lecturer buat kat aku. So aku tak jadi berhenti degree pun. Tulang belakang dah tak ada, macam mana manusia nak hidup?
Lillahi, aku tak pernah jumpa ayah orang lain macam ayah. Kawan-kawan aku semuanya berdikari sendiri, parents tak kisah sangat nak buat apa. But he did a great job in his life as a dad. He was a great dad I ever had. I love you, ayah. Orang kata, kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah tiada tandingannya. Aku tulis post ni pun aku menangis. Teringat dekat ayah punya pasal. Tinggallah kami 5 beranak tanpa seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Sumpah, aku rindu ayah. Sometimes jumpa dalam mimpi pun kira syukur alhamdulillah. Tapi each time aku jumpa ayah dalam mimpi, mesti aku ada buat salah eg; tinggal solat dan lain-lain. Terima kasih ayah atas didikan dan kasih sayang yang ayah beri pada kami semua. Halalkan segala-galanya. Aku takkan pernah lupakan segala jasa ayah, cita-cita dia dan lain-lain. Aku tahu ayah seorang bapak yang sangat hebat. Pengorbanan dia, Allah susah sangat nak cakap. Aku bersyukur dapat ayah macam dia, walaupun aku selalu kene marah dengan dia. Biasalah aku degil so selalu laa kene marah dengan dia. Terima kasih ayah. Jumpa di akhirat nanti dan semoga Allah mencucuri rohnya dan tempatkanlah bapaku dalam kalangan hambaMu yang soleh dan kumpulkan kami sekeluarga di taman syurgaMu. Amin. Selamat tinggal ayah. 😔
No comments:
Post a Comment