November 20, 2019

New passion: Make up skills (Part 1)

Aku memang suka make up. Dari kecik pun naluri nak main make up ibu tu memang ada. Lulz, dinding rumah aku habis diselet eyeshadow mak aku, celak, gincu. Dah macam public wall dah. Aku rasa mak aku cukup bertuah dapat anak macam aku. *applause* Well, harini aku nak update satu post pasal make up skills and product-product yang aku guna untuk bersolek. Arwah ayah aku selalu cakap, "Kau pakailah make up. Esok dah kerja, orang tengok kau make up ke tak. Yang muka tak make up, selekeh-selekeh ni diorang tak amek kerja. Jangan buat malu ayah" Okay, ayah! Aku ada kesedaran ni since aku duduk sebilik dengan classmate aku yang selalu pakai make up and they cant live without make up. Guess who and when? Masa aku intern kan aku sebilik dengan kak Tiekah. Dia classmate aku, budak diploma landscape. Kalau ikutkan budak-budak diploma kelas aku mostly pandai make up. Quite impress dengan diorang. Bila kau make up kau nampak macam professional tau. Rasa tak vibe tu bila kau dekat dengan orang yang make up, tapi kau tak make up. Rasa tak? Geng-geng kak Tiekah ni memang pandai make up laa. Personality memang jaga, dressing pun tip-top tak ada selekeh-selekeh. Kemas je tengok diorang. Adore laa dengan geng diorang. 




Ini geng kak tiekah tu. 




Aku geram je each time pergi drugstore tengok make up macam-macam brand. Itu baru drugstore. Belum lagi masuk Sephora. Untuk rate perempuan macam aku setakat ni masuk belek-belek, keluar balik dari outlet. Tak mampulah nak beli yang mahal-mahal macam Huda Beauty, Anastasia Beverly Hills, Morphe, MAC, Dior bagai. Macam-macamlah. Its all about brand and price. Kebagusannya sometimes ada product drugstore yang jauh lebih baik dari product berjenama yang lain. it is affordable, easy to blend, easy to build. Ha banyaklah terms dalam make up skills yang selalu digunakan oleh paid review instagram or else, MUA-MUA yang melambak-lambak sekarang. 

Aku ni tak adalah pandai sangat make up. Boleh kata aku ni still BBNU dalam make up skill ni. Baru pandai pakai beauty blender, baru pandai blend eyeshadow. Semuanya baru nak up. Sometimes budak-budak darjah 4, tingkatan 4 pun lebih pro dari aku *gelak dalam selimut* Masalahnya umur besar-besar diorang tu aku tahu apa je siaa? Dik, akak ni umur-umur macam kau dulu struggle nak lulus subject Addmaths je dekat sekolah. Geram jugak tengok diorang pandai lukis kening lebih pro dari aku. Like, you slay it girl! Malulah budak-budak 90's tak pandai make up lagi. So, kepada 90's baby yang belum pandai make up tu, belajar-belajarlah make up. Jangan bagi budak-budak bawah umur ni tua sebelum usia. Esok-esok orang panggil 90's baby 'kakak' diorang dah dipanggil 'acik' hahaha. K tak-tak gurau je. Adik-adik jangan marah ye. Akak ni baik orangnya. 

Okay jom cerita pasal new passion aku. Sebenarnya aku dari dulu memang tak suka pakai make up or at least foundation atas muka. Aku rasa rimas sangat nak-nak kalau berpeluh. Masyaallah. Aku dah laa kuat berpeluh. Lepastu nak pakai make up tebal-tebal. Sebab tu kalau aku pakai foundation pun aku akan cuba minimized penggunaan foundation supaya tak nampak terlalu tebal dan fake. Kita suka natural-natural gitchu. Paling mampu pun pakai lipstick. Kalau lipstick aku suka yang long wearing lip matte. Itu aku pakai waktu tak boleh solat. kalau boleh solat, aku pakai lipstick biasa. Setakat ni yang aku memang struggle, nak minimized pore even dah pakai primer, undereyes cracking and dramatic eyeliner. Sometimes orang kata, tangan berseni ni pandai make up. Sama sekali tidak ye anak-anak. Kau pandai melukis ke, tak pandai ke, tangan kau keras macam kayu ke, once kau dah into make up skills, then kau memang boleh make up. Oleh itu, untuk BBNU macam aku, practice makes perfect guys! Aku tengok public figure yang selalu buat make up tutorial tu, takdelah 100% pandai make up. Biasa-biasa je pun ada. Again, BBNU kalau nak belajar make up banyakkan tengok make up tutorial yang step by step dekat Youtube. Then, barulah kau boleh implement dekat muka kau sendiri. Okay? 

So sekarang, kita nak mula dari barang make up yang aku guna. For the beginner, ini pesanan dari kawan aku laa. Kalau kau still BBNU, kau gunalah dulu barang-barang drugstore. Tak payah gatal nak try yang beratus-ratus ringgit tu. Barang make up beratus ringgit tapi kalau make up pun tak reti lagi kan membazir. Always start from below ya guys! Korang boleh pilih siapa-siapa je yang korang selesa untuk jadi make up guru. Kalau aku, aku suka tengok Ainaa Nabilla Raya Makeup Look | DRUGSTORE Edition. Cara dia menyampaikan memang aku adore. Sangat cool ye anak-anak. Untuk awal-awal ni Watsons, Guardian and Shopee memang tempat aku membeli belah. hahah. Brush make up, beauty blender, fake lashes semua aku borong dekat Shopee je. Nak buat apa mahal-mahal. Hahaha tapi quality memang kurang laa compared to yang mahal. Setakat ni fake lashes pun terkial-kial nak pakai hahah

So barang-barang yang kau perlu ada untuk make up adalah; 

1. Toner ✅
2. Serum ✅
3. Sunscreen ✅
4. Primer ✅
5. Foundation ✅
6. Concealer ✅
7. Corrector ✅
8. Loose Powder✅
9. Blusher ✅
10. Mascara ✅
11. Eye shadow ✅
12. Highlighter ✅
13. Brow gel ✅
14. Brow pencil ✅
15. Curler ✅
16. Lipstick ✅ 
17. Bronzer/ Contouring ✅

Mana-mana yang aku mark hijau means aku ada laa barangnya. Aku beli make up ni secara sikit-sikit. Takdelah nak borong satu drugstore tu. Yelah, bajet pun tak ada. Iolls ni belum kerja lagi deknon. 

First of all, sebelum make up kau kene prep muka kau betul-betul ye anak-anak! Prep ni sangat penting untuk maintain make up kau dari pagi sampai petang. Walhal aku tahu aku sangat struggle dengan undereye creasing, visible pore, blackhead tiba² muncul waktu tengah hari and kulit berminyak plus kilat macam kepala Hagemaru. So perlu sangat-sangat untuk prep and prime muka kita. Dekat youtube, aku suka tengok Faizal Noel. Dia ada cakap kalau nak prep muka bukan setakat kau sapu moisturizer je, but kau kene buat full skincare routine kau sebelum pakai make up. Means, toner, serum, sunscreen, moisturizer semua kau kene pakai. Barulah masalah-masalah crack-crack tu takde. 

Next post aku akan tunjukkan hasil-hasil make up aku dan juga brand-brand yang aku guna untuk make up. Stay tuned, ye! Anyway, for those yang nak belajar make up, if kau nak low budget, belilah make up yang murah-murah yang ada kat drugstore. Bukan dekat shopee ataupun lazada yang korang sendiri tak tahu asalnya dari mana. Mana tahu fake ke apa ke. Kalau nak beli online pun, beli dekat LazMall atau shopee mall. Preferrable guardian atau watsons. Highly recommended dua tempat ni. 

Sebelum make up, make sure korang tahu kulit muka korang tu jenis macam mana. Ada product yang boleh apply on dry skin, combination skin, normal skin or oily skin. Ada jenis-jenis dia. Cari je banyak dah zaman sekarang ni tak payah pening-pening. Okay, sampai sini dulu tau. Next post, korang kene baca! Bye-bye. 




No comments:

Post a Comment