September 19, 2019

Through thick and thin: Final year is done!

Aku tak ada kerja duduk kat rumah. Supposed to be this entry precisely done after aku habis degree. Sepatutnya aku keluar je pintu UiTM dah siap dah entry ni. But I love to procrastinate my work. So, here it is! Pada aku selagi tak dapat result, means belum habis. What can I say, finally degree is done. Alhamdulillah, syukurlah habis dari tak habis. Walaupun hidup aku masa final year terumbang-ambing, asyik rasa nak quit, asyik menangis-nangis jumpa supervisor, rasa lost, but finally I made it! Aku pun tak tahu kenapa dengan aku sebenarnya. Final semester sucks. Aku memang tak ada roh nak proceed anything untuk final sem ni. Sebab aku asyik fikir bukan-bukan. Orang lain senanglah cakap. Diorang bukan ada masalah sangat. Orang je cakap nak tolong aku tapi tak membantu sangat. So aku rasa aku sorang-sorang in everything that I do. Sama macam aku rasa masa sem 3 dulu. 

Tapi final semester lagi teruklah. Aku ponteng kuliah untuk each subject 2 kali, aku tangguh kerja like lecturer takkan mintak kat aku, aku susah nak tidur malam, setiap kali aku baca article untuk buat thesis aku akan menangis. Maybe aku susah nak terima hakikat yang aku dah tak ada ayah. Yela, ayah tu macam tulang belakang aku selama ni. Dia je yang suka push aku buat everything. Suka ke tak suka ke, rela ke tak rela ke, aku buat jugak untuk ayah. I dont know. Aku rasa macam dah tak ada semangat. Obviously aku lain sem ni. I am no longer bright for this semester. You see, classmates aku even lecturer pun perasan aku dah lain this semester. Takde roh doh. Aku masuk kelas pun lambat, waktu lecturer tengah ajar aku tak berminat nak dengar, catat ataupun buat mindmap macam dulu. Kosong laa kepala aku pergi kelas. Macam tak ada apape. 

Tapi alhamdulillah, susahnya aku sem ni ada jugak orang tolong. Sem ni dengan thesis bagai, then nak kene collect data, nak hadap supervisor yang psycho *to be honest* sampai aku rasa aku kurang ajar dengan supervisor thesis aku. Mental breakdown doh. Aku pun tak tahu kenapa aku macam ni. Then, bila kene tegur sebab yela boleh kata along the way nak siapkan thesis tu, aku buat sambil lewa je. Aku buat everything last minute. Hasil dia? Ha hasil dia pun tak bagus laa. Aku stress doh sebenarnya. Kucar-kacir hidup aku. Everything sekarang atas bahu aku sebab ayah dah tak ada. Then aku grad dulu, aku kerja dulu compared to Nab. Adik-adik aku still sekolah and belajar. So I dont think I can do what does my supervisor told me to do. Supervisor aku cakap, jangan pedulikan pasal family matter. Aku stress. Dalam kepala aku tak fikir lain, aku nak habiskan degree je. Then its done. Aku dah tak payah fikir lagi dah. Exam pun baca masuk tak masuk jelah. Aku redha kalau result aku teruk ke, result aku tak elok ke, lantaklah. Janji aku habis. Aku mengadu kat acu, acu terus cakap kat aku, "Ngah, kau g amek borang pink, isi pastu quit.". Mati kutu aku kat situ lepas dia cakap macam tu.

Tuhan cakap, setiap kesulitan pasti ada kesenangan. Along my journey nak collect data tu ada orang tolong. Walaupun collect data tu tak 100% sahih because that day bulan puasa tambah pulak aku pergi collect data dekat KL, sorang-sorang, tak balik bilik sampai 3-4 hari, tak ada orang nak layan sangat due to nak raya punya pasal. I admit memang masa tu dah terdesak which kau ada seminggu untuk collect data sebelum raya. And masa tu kau baru ada 100 data. Like fresh data. Total sebenar aku kene collect adalah 384 respondents. Mana nak cekau sial? Aku beli tiket bas before raya punyalah awal, end up 3 hari before raya baru aku balik lulz. 

So here aku nak share result untuk last semester. Holy crap, memang aku syukur sangat sebab result last semester aku memang teruk, pointer aku jatuh. All of my family facing difficulties to move on sebab ayah aku meninggal masa musim nak exam. Susah nak cope with sadness, aku amek masa dekat setahun untuk move on. Kawan-kawan aku mana yang belum lalui perkara-perkara yang melibatkan kematian, maybe diorang belum rasa dan tak faham apa yang aku rasa. Ceritalah seribu kali pun, mungkin diorang tak dapat bayangkan macam mana sedihnya aku. Itu baru aku cerita pasal diri aku. Habistu, ibu? adik beradik aku yang lain? Adik? 

Nanti aku ceritakan untuk next post. Ini kira aku punya second post sebab starting tahun lepas aku tak update apape sangat dekat blog. Biasanya ada je bende nak cerita dekat sini. Well, here it is my final semester result. Tak adalah gempak tapi alhamdulillah, lulus dengan jayanya dan aku dah boleh grad. 






And here some picture after I've done my thesis.






Ini adalah supervisor kesayangan semua. Tak faham betul anak orang lain pun sayang dia. Kinda crush on him at first because he was super intelligent, bapak-bapak punya perangai. Thank you sir for all the tricks and treats that you have taught us these days. He's really good in reading people's personality I think. Search google, Zakaria Hashim. I really recommend him to be your supervisor untuk adik-adik junior yang tengah fikir nak amek siapa jadi supervisor. So basically, Encik Zakaria Hashim ni, dia more to hands on. Kau cari, kau dapat. Kau tak cari, means kau yang bermasalah. Tapi kalau dah tak mampu sangat biasanya dia akan tolong such as, bagi articles, buku and others. Apa yang diceritakan, anak buah dia biasanya takkan cari dia waktu kerja. Lepas diorang graduated and dapat kerja, most of them yang under lecturer lain akan cari dia. Sebab apa? Anak buah dia dah tahu the real format untuk buat research. Tak bermakna lecturer lain tu tak bagus. Tidaklah. Masing-masing ada kelebihan sendiri. But in my point of view, lagi cerewet lecturer tu, lagi bagus. At least you know which part you really need to focus on. Stress tu biasa. Aku masa under supervisor dia, naik gila apa bende dia nak sebenarnya. But then, I made it in my own way. So, choose your supervisor wisely. 




This one is gambar last sebelum habis degree. Aku tak ada dalam ni. Sengaja bawak diri lol. 

So, what is your plan after degree? Ada yang tanya, bila nak kerja? Ada yang tanya, taknak sambung master ke? Setakat ni belum ada yang tanya, "BILA NAK KAHWIN?" Yes, perancangan tu ada ye anak-anak. Tapi lambat lagi kot. Semua orang nak kahwin. When everything is ready, dah ready fikir masa depan, anak-anak, financially stable, kahwinlah kau. Untuk makcik-makcik kat luar sana yang asyik tanya bila nak kahwin, I would say, "Makcik, kalau nak saya kahwin harini, boleh. Saya nak RM60K untuk buat preparation kahwin. Ada tak? Boleh belanja saya kahwin"

Buat masa sekarang ni aku tanam anggur jelah dekat rumah. Takde bende lain aku buat. Plan nak kurus dah dekat 2 bulan tak kurus-kurus pun. Jerebu manjang lately ni haihh. Then, aku ada buat gardening sikit. Untuk main lukis-lukis belum buat lagi. But lately, aku dah start blogging, apply kerja macam sebar fitnah and belajar make up. Actually dah lama gila nak buat bende-bende tersebut. Tapi tak terbuat. Semuanya umpama mimpi dalam mimpi jelah. kihkih Okaylah. Anyway, untuk kawan-kawan yang dah kerja, alhamdulillah tahniah korang. For those yang masih menganggur macam aku, ha teruskan menganggur dan jangan putus asa sebar resume macam sebar fitnah. Kita tak tahu sometimes rezeki orang lepas grad ke apa ke. Just be sure, sekarang ni pun aku cari pengalaman kerja dulu mana-mana. Malas ah nak pilih-pilih ni. Okay, cio guys! 

No comments:

Post a Comment