Hi Assalamualaikum semua.
Hari ini aku nak share pasal pengalaman aku renew roadtax kereta dengan sendirinya. Tapi ini bukan kereta aku laa. Kereta arwah ayah aku ehehehe. Insurance masih ada lagi sampai Januari 2022 alhamdulillah. Nak dijadikan cerita, arwah ayah aku punya faraid masih belum selesai pembahagiaanya di mahkamah civil. Ikut procedure mahkamah syariah alhamdulillah dah dibicarakan. Eh why ah faraid take so long? Cerita dia kat sini yang buat jadi lama adalah PKP, PKP, PKP tak sudah-sudah. Engko rasa? Elok bende boleh settle cepat, alih-alih makan masa dekat setahun. Mana boleh jadi.
Disebabkan itulah aku agak risau dengan keadaan kami ye. Sebab hujung tahun ni dah genap 3 tahun ayah meninggal. Jadi, ditakuti kereta arwah dah tak boleh bergerak kat atas jalanraya. Jadi, kalau dah tak boleh bergerak, macam mana nak pergi kirija? Macam mana nak hantar adik sekolah? Bila dah PKP ni pulak, aku dengar ada berita ataupun article yang keluar dekat internet. Katanya ada pengecualian untuk orang yang roadtaxnya mati 1 June 2021- 31 Julai 2021. Roadtax aku mati 17 Julai haritu. Harini dah masuk bulan Ogos. Tapi takpelah, dah JPJ kata macam gitu, so its safe laa. Tapi cerita dia sekarang ni, macam tak sedap laa bila roadtax tak hidup. Dahlah kita banyak program, nak pergi jauh-jauh (nak suntik vaksin laa, hantar adik balik asrama laa). Paling-paling kalau dah hidupkan roadtax kereta, rasa lega banyak laa.
Kata Harian Post lagi, tak renew tak apa, tapi orang ramai perlu kemukakan cover note insurance dekat pihak berkuasa sekiranya diminta. Kalau dia tak mintak, jadi buat tak tahu jelah. Tapi untuk hal aku, suka hati akulah nak renew roadtax ke tidak. Aku nak renew, jadi mudah ler kerjanya nanti. So, aku pun pergi myEg untuk renew roadtax dekat Kampung Melayu Majidee. Bila sampai sana, aku tanya laa orang myEg tu boleh renew roadtax dengan insurance ke tak. Dia kata boleh. So aku pun beria-rialah bagi details yang dia nak; no kad pengenalan pemilik and also no plat kenderaan. Tiba-tiba dia kata, "pemilik kenderaan telah meninggal dunia"
Kesimpulannya, dia suggest untuk aku buat online appointment dekat JPJ website, then baru pergi JPJ untuk renew roadtax. Insurance memang tak ada masalah. Selalunya serahkan je dekat orang insurance, then diorang yang pergi renew dekat JPJ. Tapi waktu PKP macam gini rumit pulak. So orang myEg dah siap kirakan roadtax yang aku perlu bayar untuk sebuah kereta Proton Wira 1998 edition. Aku pun balik rumah dengan keadaan yang hampa. Haihhh... So baru tadi aku ushar mySIKAP then aku godeh-godeh laa apa yang patut. Kata kena apply for appointment dekat kaunter JPJ. So, ini adalah step-step untuk mohon online appointment;
Step 1: Nampak tak 'Orang Awam sebelah kanan? Nampak kan? Aku dah letak dalam box merah tu jangan cakap tak nampak ye. Then if you guys adalah first time user, p click 'daftar'. If dah pernah login, click 'login'
Begitulah cerita seterusnya, aku cuba daftar no kad pengenalan ayah untuk system mySIKAP. But, dia kata "PEMILIK KENDERAAN TELAH MENINGGAL DUNIA. SILA KE KAUNTER JPJ BERDEKATAN"
Fine, bermakna aku memang kene walk in je. Lantak laa nak cakap apa pun. Asalkan, roadtax ni kasi settle and tak ada masalah untuk masa akan datang. Korang yang tak renew roadtax lagi tu, ha pergi apply for appointment kat mySIKAP, aku ada insert link dekat atas tadi. So, cubalah sampai berjaya ye. Sometimes, bila kita duduk rumah ni kita jadi kecelaruan maklumat sikit. Almaklumlah, dah PKP lama sangat, kes pun makin hari makin naik, jadi malas nak amek tahu kehidupan semasa. Jangan contohi aku ye guys! Dah tu je nak cerita. Bye semua!
No comments:
Post a Comment