February 19, 2023

MY FIRST CAR: BABY MAROON JVH

Siapa tahu dalam dunia ni kita perlukan sedikit effort untuk dapatkan apa yang kita nak. Obviously, simpanan aku cukup-cukup je untuk beli kereta. Selebihnya aku guna duit simpanan arwah ayah. Alhamdulillah, finally aku dapat beli kereta sendiri dengan gaji yang aku ada. Aku tahu, walaupun gaji aku cukup-cukup makan, tapi aku bersyukur dengan apa yang ada. Yang aku perlukan adalah kenderaan untuk menggantikan BEQ yang dimamah usia. Bayangkan, Wira arwah ayah masih bergerak di atas jalan raya sedangkan sekarang dah tahun 2022 dan memang susut nilai teruk! Kalau tolak pun around 3k-4k jek. Ramai je aku tanya member-member aku wajar ke nak jual wira ni and amek kereta baru. Ada yang kata, pergilah jual after tukar nama. Paling-paling dapat jugak duit hasil jual. Tapi ada pulak yang kata jangan jual, tak berbaloi. Baik mekap cecantik, baiki apa yang patut, pakai bawak jalan dekat-dekat jek. Tak payah pening-pening kepala.

Lagipun arwah ayah dah pakai Wira tu lama dah. Sejak 1998. Aku baru umur setahun ye time tu. hehe. Wira edition 1995. Banyak kenangan dengan arwah ayah. Kereta tulah yang duk hantar aku pergi darjah 1, pergi beli barang-barang sekolah, ayah pakai hantar aku masuk asrama penuh, sampailah aku masuk universiti. Ya Allah, rindunya moment-moment berhimpit dalam kereta tu. 4 beradik dah besar-besar. Aku pernah gak marah ayah kenapa tak beli kereta baru. Diam orang tua tu, terkebil-kebil tengok aku. 

Aku teringat masa kereta ayah rosak tengah bandar Mersing masa aku form 5. Bapak sedih siot. Sumpah masa tu aku nak menangis. Ayah pesan, 

"Belajar pandai-pandai. Nanti dah berjaya, belilah kereta apa yang kau nak. Jangan jadi macam ayah. Pakai kereta buruk ni je"

Aaaaa nak nangis *mata masuk sunscreen*. Dah, dah. Jangan sedih-sedih. Memori dengan ayah tu kita takkan lupa sampai bila-bila. Susah senang orang tua tu, kita nampak. Dahlah, jom kita cerita pasal Baby Red kita heheh. 

At first, aku kumpul je duit nak beli kereta. Duk tahan-tahan nak beli. Dari aku kerja retail, sampai aku kerja audit firm, tak beli-beli. Yelah, kita kumpul sikit-sikit. Lagipun gaji masa tu tak mengizinkan. Terlalu minimum gaji tu and pada masa yang sama aku ada loan dekat bank. Tu tak lepas. Alhamdulillah, PTPTN aku dah settle, tapi ada ASB loan masa tu. So, aku hold dulu niat aku. Pakai je lagi Wira tu untuk pergi kerja. Kekadang perit jugak nak keluar duit untuk baiki Wira tu. Hanya Tuhan je yang tahu betapa sesaknya nafas aku time jadi tuan Wira. Tapi, aku rasa mana-mana kereta pun mesti ada ragam. Kereta ni kan, sekali kau jadi owner, kau sign je agreement kat bank, dia terus bernyawa. 

Ha gitchu! Urusannya takdelah lama sangat. Masa tu duk fikir-fikir pening kepala serabut-serabut taknak susahkan orang bila balik Segamat. Yelah, ibu tak tahu drive kereta. So aku taknak susahkan sedara mara or jiran yang stay dekat-dekat pergi pickup aku dekat train station. Malu laa beb, asyik mintak tolong orang je. Nak pulak, Segamat ni kemain payah laa dapat grab ke mycar ke. Teksi banyak. Tapi tulah, satu nombor pakcik teksi pun takde dalam contact list aku. Parah beb! Aku pejam mata je amik kereta ni. Sebulan je aku tunggu Sales Advisor send ke bank semula document aku. Bulan 5 aku book, 1/6/2022 aku dah dapat kereta, Excited weh dapat kereta masa tu. Ya Allah happy betul aku masa tu. Tapi yang pergi pickup kereta Kak Nab. Kebetulan dia cuti, mintaklah tolong dia pickup kereta dekat Perodua Larkin sana. Kira dia laa yang merasmikan kereta aku. 

Mula-mula masa nak book tu, Madam Lannie (Sales Advisor) tu tanya aku ada colour backup tak? Means kene pilih laa dua tiga colour. Sebab maroon biasanya sold out. High demand. Sebab aku nampak Bezza yang paling hot colour Maroon je. Dah masa aku nak bawak keluar kereta tu hari-hari aku duk puji Bezza Maroon cantik. Nampak Bezza colour maroon, terkinja-kinja. Ya Allah! Masa nak terima kereta dari kilang, SA cakap colour maroon takde lagi. Yang ada Granite grey je. Itu memang play safe betul masa tu. Nak amek putih, risau nanti lama-lama colour season jadi kuning pulak. Tak ngam. Kalau biru, macam nasi kerabu. Ah, dah lapor pulak. So kita pilih laa Granite Grey untuk colour backup. Aku berkeras tanak mengalah dengan SA. Nak jugak colour maroon. Esoknya, eh available baby maroon aku! Wohoo! 

So, aku persembahkan Baby JVH aku! Sebuah Bezza 1.3x, sexy habis beb! 







Lit lit tak? Lit lit kan? HAHAHHA Kalau korang stay JB, nak beli kereta harga rakyat marhaen and nak dapatkan advice sebelum beli kereta, korang boleh cari Madam Lannie Ang dekat DMM Sales Larkin. Nak terus hantar document? Lagi cunnnnn. Nak mintak kirakan instalment pun bolehhhhhh. Click link ni untuk book perodua yang korang minat sekarang!👉 DMM SALES (LANNIE ANG)

No comments:

Post a Comment