February 19, 2023

Bipolar Disorder

Ramai antara kita yang rasa mental illness ni tak terlalu serious dan ramai yang kata individu yang menghadapi mental illness ni seolah-olah mengada-ngada ataupun nakkan perhatian. Engkau rasa? Orang Malaysia laa memang ramai kata mental illness ni hanya dihidapi oleh orang-orang yang kurang iman, tak solat, tak banyak zikir, selalu buat dosa. Tapi betul ke? Sebenarnya tafsiran korang tu salah. Siapa-siapa pun boleh kene mental illness ni. Dan aku salah sorang yang menghidapinya. Tak percaya, jom aku ceritakan detail sikit pasal bende ni. 

Previously aku buat DASS TEST (DESPRESSION, ANXIETY, STRESS SCALES). Aku bukan nak self-diagnosed ke apa. Awalnya aku takut jugak nak buat DASS test ni. Tapi a friend of mine suruh buat bende ni. Sebab dia ada nampak aku macam murung sejak-sejak ayah aku meninggal. Mana taknya, kawan-kawan aku perasan macam dah lama tak nampak aku kat faculty, lecturer pun sama. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Nak mengadu dekat siapa. Aku telefon ibu, menangis-nangis cakap aku nak quit belajar padahal masa tu aku dah final sem. Then ibu menangis-nangis suruh aku kuat. 

Senang cerita aku macam lost hope. Kawan-kawan aku semua dah boleh proceed buat thesis. Elok je semua. Tiba kat aku, aku depress gila, tidur je kat bilik. Pergi kelas tak mahu, pergi jumpa supervisor tak mahu, tak ada mood langsung. Campak-campak barang. Serabut gila. Aku cuba je solat ke apa but at that time I dont think solat tu membantu. Aku ada rasa nak bunuh diri, nak bunuh orang, nak sakitkan diri sendiri. Macam meracau-racau. Asyik menangis je. Yela, selama ni ayah yang selalu push aku untuk buat semua bende. Tiba-tiba dia takde, aku takde direction. Gelap weh, tak nampak apape. 

Sampai one of my friend cakap, baik pergi jumpa kaunselor or buat appointment dengan psychiatrist terus. Sebab otak aku dah penat sangat. Literally critical. Memang masa tu aku cakap dekat Faiz aku nak stay rehab lepas habis belajar. Poyo ingat senang-senang nak stay dalam tu? Kene lalui procedure. Ok, itu masa aku self-diagnosed. 

Lepas setahun mcm tu,ada family matter lagi aku stress. Then i cut myself, sebab masa tu aku dah tak fikir apape. Then aku nangis beria-ria. Cerita dekat orang tu, tak kene. Cerita dekat orang ni tak kene. Thing is, aku fikir masalah aku and aku terus tackle masalah tu. End up aku penat berfikir, aku dah stress sangat,aku pun mintak advice orang. Bila advice orang buat aku rasa mcm lagi hopeless, aku mengamuk laa. Then aku bagitahu kat kawan aku sorang. Dia kaunselor sekolah. Jadi aku nak end semua ni sbb aku tengok diri aku makin teruk. Jadi, I need support to go to psychiatrist. 

Mula-mula aku buat DASS test tu dulu. A week or 2 weeks after, baru aku pergi jumpa doktor dekat klinik kesihatan Segamat. At that time, doktor memang mintak aku ceritakan life event aku macam mana, then dia mintak aku buat DASS test sekali lagi. Result memang TERUK/SANGAT TERUK. End up dia sarankan supaya aku refer psychiatrist Hospital Segamat. Dia taknak aku pergi kaunseling sebab aku pernah ada cubaan cederakan diri sendiri dan kerap kata nak mati. She's a bit worried I think. 

Then tak dan aku nak attend first appointment aku dekat Segamat, aku diminta untuk tukar ke Johor Bahru. So my first appointment was at Hospital Sultanah Aminah. Pengalaman pertama attending the first appointment was not that bad.  Ada pesakit yang lebih teruk dari aku. Bercakap sorang-sorang, berhalusinasi, and maybe diorang pun tengah merasai apa yang aku rasa contohnya, 

1. Sedih berpanjangan
2. Kalau happy, terlebih-lebih
3. Kerisauan melampau
4. Susah nak tidur malam dan lain-lain

Suasana kat klinik psychiatrist tu takdelah teruk macam dekat asylum ke, ada melambak-lambak pesakit yang dah pakai straight jaket ke, takdelah. Mungkin ada, tapi masa melawat klinik psychiatrist tu, aku nampak diorang yang pergi situ macam normal je. Ada yang dah berkahwin, ada yang datang dengan family, ada yang datang dengan anak (warga emas) and ada jugak yang lebih muda dari aku. Umur macam baru lepas habis SPM. Faham, zaman sekarang kan macam-macam di-stresskan. Sejak-sejak PKP semua orang stress. Dengan tak ada kerja. Dengan takde sumber pendapatan. Orang struggle nak hidup. Orang perlu hidup. Tapi bila dah sampai limit, orang ambik keputusan untuk end life sebab diorang nak endkan sakit yang sementara, serabut yang sementara. 

Ramai yang anggap, bila satu-satu individu tu mengalami gangguan mental dianggap gila, nakkan perhatian dan kurang kasih sayang. I would never deny this. Sebab aku pun rasa macam tu since my family didnt support much. Family aku jenis kasi 'tough love'. Contoh 'tough love' tu:

1. Mana ubat kau? Pergilah makan ubat kalau sakit. 

2. Alah, tak payah makan ubatlah. Ramai je yang sembuh tanpa ubat. Kau kena lawan laa. Bukan layan. 

3. Kau tak boleh tidur malam, banyak fikir asyik stress, buatlah sembahyang apa-apa. Zikir, selawat. Doa mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakit kau. Ubat yang kau makan tu ubat saraf. Nanti mata tak nampak laa apa laa. Tak payahlah pergi jumpa doktor. 

Ha itu contohnya. Aku jadi tak percaya dengan family, kawan-kawan even bf aku sendiri. Mana sumber kekuatan aku? Cari sendiri laa. Cari group support, ambik masa sendiri. Most of time memang aku selalu tak buat apape. Tak productive, kebanyakan masa memang melepet. Hobi aku yang dulu tu macam dah lupus. Aku beli barang-barang banyak gila untuk gain minat aku. Berhabis duit, end up barang tu simpan je dalam kotak. Tak buat apa-apa. Sedih kan? 

*sigh* entahlah. Tak ada siapa pun mintak nak sakit macam ni. 3 tahun jugak aku nak reveal bende ni kat umum. Padahal, aku tahu je orang awam, tak semua faham tentang bende ni. Maybe penyakit ni, agak new to them. Yelah, lately ni je baru kita terbuka dengan perkara-perkara macam ni. Tapi diorang tak amek port sangat pasal bende ni selagi tak kena dekat diri sendiri. Kesihatan fizikal kita dah jaga. Mental? Kita jaga tak? Struggle jugak life aku lepas disahkan BMD Type II ni. Terbatas. Sampai limit, okay that's it aku dah tak boleh buat dah. 

Biasa gitulah kan. Aku sekarang jauh beza dengan aku yang dulu. Aku lebih banyak tidur, asingkan diri, banyak nangis. Entah apa yang aku fikir. Mood swings. Bila sampai mood depress, mengaruk pukul 3-4 pagi. Asyik tidur. Bila tiba mood manic (which is aku ada tendency to have lots of energy) like, spend too much money on something yang tak berfaedah, beli makanan banyak-banyak, tak tidur malam marathon Netflix, mengemas sampai tak tidur malam. Tu yang aku rasa. Tapi tak ramai yang tahu sebab bende ni tak berlaku dekat diorang. 

So pada korang, yang ada simptom-simptom gangguan mental macam selalu nak mencederakan diri ke, ada rasa nak mati, asyik sedih berlebihan, rasa tak yakin dengan diri sendiri terlalu kerap, please dapatkan rawatan. I do trust in rawatan islam. But kalau boleh kita usahakan dua-dua. Pernah je aku jumpa ustaz, tanya pasal bende ni. But, ustaz pun sarankan aku jumpa pakar. Bukan semberono syak gangguan jin dan syaitan. Faham, bab kerohanian kita memang wajib buat. Mana yang kurang, kita lebihkan. Ini yang orang-orang narrow minded tak faham bab istilah sains. Kita usahakan dua-dua. Cara modern kita buat, rawatan cara islam pun kita buat. Tapi, jangan pulak kita berserah bulat-bulat tanpa berusaha. Tuhan pun tak suka. 

Kepada orang normal, belajar-belajarlah support orang-orang or kawan-kawan korang yang mengalami mental illness. Kitorang bukannya nak sangat attention. Kitorang just nak didengari, difahami dan diberi support. Tu je. Ada banyak bahan-bahan ilmiah yang korang boleh cari dekat bookstore or e-book pasal mental health, pasal jenis-jenis penyakit mental dan how to handle pesakit mental. Janganlah pernah rasa yang, "oh aku tak hadap bende tu buat apa amek tahu?". Maybe it's new to you. But trust me, mungkin dalam circle kita ataupun orang-orang yang dekat dengan kita 1 dalam 100 mesti ada sorang yang hidap penyakit ni dalam diam. Jaga diri, jaga orang sekeliling korang k! 💗

No comments:

Post a Comment