Korang sihat ke? Aku nak cerita bende tak best laa. Hahah. Bende ni dah lama sebenarnya jadi. Dari dulu pun dah pernah jadi. Body shaming ni dari aku kecik lagi memang dah ada. Cuma tulah, akhir zaman baru orang sibuk duk cakap pasal keburukan body shaming.
Menatang ni jadi bila aku gatal buat account curious cat. Middle March tak silap aku. Tak sure laa. Mula-mula buat untuk suka-suka je. Eh tiba-tiba ada pulak hangsuang sekor dua duk tanya pasal kurus ke tak kurus. Apa siot?
Bila baca je comment-comment negative macam ni, I cant even think straight tho! Aku menangis, tak boleh tidur malam. End up, telan Quetipine jugak aku. Letihlah nak hadap manusia-manusia pelik. Like, after degree, aku memang distancing myself from kawan-kawan, aku tak contact diorang, even aku delete semua nombor diorang and am fucking unfollow all ppl dekat instagram. Sumpah cakap, aku malas sebenarnya nak jadi fake p cari kawan-kawan aku balik. Sebab kawan-kawan aku sendiri tak cari aku and diorang ada life sendiri siot. Just, can you imagine, aku tak usik pun diorang, aku tak comment bende mengarut, aku tak sakitkan hati diorang sikit pun after habis degree. Bende dah lepas. Aku lantakkan jela. Tapi, ada jugak yang jenis perangai beruk, comment macam-macam dekat social media aku. Tak tahulah manusia perangai buruk ke, social media yang bawak pengaruh buruk kat life aku.
Serious cakap. Gemok memang tak best sebenarnya. Antara perkara tak best bila gemok adalah, bende-bende macam ni laa. Body shaming. Bosan siaa. Aku dah lali dengan perangai manusia yang macam ni. Kalau tak puas hati supposed to be, bagitahu laa depan-depan. Orang buat kerja macam ni, dapat apa-apa pun tak.
Bila gemok, indeed banyak gila rasa kurang. Kurang confident. Then layanan orang terhadap kita pun lain. Walaupun kita banyak kelebihan pun, TAPI SEBAB KITA GEMOK, orang macam kurang respect and layan teruk laa. Aku pun tak faham kenapa manusia macam gini. Dia ingat dia tu perfect ke? Pffft. Kadang-kadang aku terfikir, apa salahnya aku gemok? Effect life orang ke? Tak kan? Aku makan guna mulut aku. Aku beli makanan guna duit aku. Aku beli baju guna duit aku. Aku gemok, yang sakit tu nanti aku. Diorang semua tak bayar pun bill hospital aku ke apa ke. No diorang tak bantu apape. Netizen gitulah hek, cakap je tahu. Tak bantu pun. Jadi, tang mana yang aku susahkan hidup diorang?! Cubalah ada yang jenis duk maki-maki ni, sambil-sambil tu ajak aku bersenam, bagi aku meal plan, registerkan aku coaching kurus ke. Ini? Adoi manusia!
Bila ada orang-orang macam ni, aku rasa macam diorang ni baik mati jela. Aku hidup takdelah selalu sangat susahkan orang. Bila dah keluar statement macam ni, aku rasa life aku bapak teruk siaa. Sometimes nak pekakkan telinga pun dah tak larat. Aku kurus ke, gemuk ke orang still bercakap. Manusia ni kan tak pernah puas hati. Cakap je diorang tahu. Dulu yela, mulut jadi jahat. Sekarang ni bukan mulut lagi dah. Jari tu yang jahat.
Btw, bila pun aku nak kurus, tu aku punya pasal laa. Sedih tu sedihlah. Habis nak buat macam mana. I got my own pace. Asalkan aku tak kacau orang, aku tak sentuh orang. Tahu, perkara macam ni if bawak ke polis atau pihak-pihak tertentu untuk menangani perkara macam ni, takkan dilayan. Polis akan pandang remeh then terus tolak ke kes komersial. Sama jugak laa macam kawan-kawan aku yang lain. Ada yang kata delete je instagram or social media lain.
Sumpah do. Aku ni dala jenis overthink melampau. Bende-bende kecik macam ni kadang-kadang orang kata, abaikan je. Tapi tahu tak, bende-bende kecik macam nilah yang buatkan emosi orang terganggu. Aktiviti harian orang terganggu. Whoever did this, I really hope korang stop lah buat bende-bende macam ni. Banyaknya masa korang buat bende-bende macam ni. Bapak takde life. I do really hope, Allah bagi korang pulak rasa peritnya hadap cyber bully and body shaming serentak dengan depression. Nasiblah aku tak bunuh diri. Terima kasih ya Allah sebab masih pinjamkan kekuatan. Nak move on dengan perkara macam ni memang sulit. Unless memang dah betul-betul lali. Aku takkan lupa pun sampai bila-bila bende ni. Nampak mild je. Tapi, bende ni laa yang cut deeper than knife.
Pengajaran; jangan buat orang. Nanti Tuhan balas cash baru tahu. And for those yang selalu kena bully, selalu kena tindas and effect life korang macam aku kena, banyak-banyak amalkan surah At-taubah auat 128-129. Hafal maknanya sekali. Baca 7 kali lepas subuh dan lepas maghrib. Insyaallah, sekiranya kau lemah, Allah pinjamkan kekuatan. Sekiranya kau hina, Allah muliakan kau. Carilah fadhilat disebalik apa yang Allah kurniakan dalam Al-Quran. Biarlah Allah yang balas semua perbuatan diorang. Kita doa untuk kebaikan kita je.
No comments:
Post a Comment