April 30, 2021

DRAMA REVIEW: PROJEK ANCHOR SPM

Ssup geng! Assalamualaikum semua. Malam ni aku decide nak tidur lambat sikit. Even aku tahu esok memang aku kerja pagi, so why not malam ni stay up sekejap untuk menulis. Lama siot aku tak update apape kat sini. Sumpah rindu nak menulis. Bila dah start menulis, sikit-sikit hilang rasa penat kerja, rasa stress kat tempat kerja. Even 40% hilang pun aku rasa syukur dah. Tidaklah beban sangat. 

So apa job malam ni? Malam ni aku nak cerita kat korang review aku regarding Projek Anchor SPM 🤩 Haaa siapa excited? In my opinion laa kan, drama bersiri premium macam ni lagi menarik compared to cerita-cerita berunsurkan cinta like anak CEO amek alih syarikat, perempuan kampung jumpa lelaki kaya, rampas-rampas laki orang and other stuff yang merapu. Gang, I talked seriously, film industry memang diperlukan nak-nak zaman covid ni. Engko rasa wayang dala tak boleh masuk. Memang pishang siot duduk rumah. Tapi alhamdulillah setakat ni astro tak menghampakan. Banyak dah filem/telemovie/drama bersiri yang ditayangkan dekat rumah. Ko boleh tengok sendiri je weh kat rumah! Pastu pastu an, jalan cerita tak payah cakap laa memang baek do. Aku tak kenal sangat pengarah. But so far pengarah yg mcm gini, memang aku suka! Budak Ijat pun aku suka jugak. Sbb rata-rata pengarah jarang ada yang menyelami kehidupan rakyat marhaen. 


Jangan pelik kenapa diorang asyik bersweater 24 jam. Haa hahah sebab diorang SBP dekat Cameron Highland! Engko ada? See the level geng! Cerita ni episod sampai 8 je. Yang paling penting banyak babak yang mendebarkan dan buat aku cuak yang macamlah aku yang meniru! Setan betul laa. Anyway, I kinda miss my old school. Aku ex SBP do. So proud of SBPian. Even tho aku tak pernah dengar nama SBP Sekolah Tengku Isa Anuar Cameron Highland 🤣🤣🤣 sekolah tu tak wujud ye anak-anak. 

Taknak bebel banyak, aku nak review pasal PROJEK ANCHOR SPM 😛 Leggo! 

Ok, first of all cerita ni mengisahkan sekumpulan budak SBP yang nak sit for SPM 2003 but serba serbi memang tak belajar. Then diorang buat satu projek meniru which diorang menggunakan sorang anchor (budak top 1 dalam ranking batch) untuk bagi jawapan kepada mirror-mirror and diorang menggunakan beberapa signal untuk menunjukkan jawapan A, B, C dan D. For your information cerita ni lebih kurang macam Bad Genius. Tapi, version Malaysia. Banyak nilai pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni. Antaranya, 

1. Setia kawan 
2. Kalau taik, tak semua taik 
3. Kawan jangan belot kawan lain 
4. Kawan tak baik makan kawan 
5. Jangan rasa kau sorang je ada masalah
6. Tak semua orang hidup bahagia padahal belakangnya dia tengah susah 
7. Hidup kene jujur
8. Hidup kene tenang 
9. Parents need to love their kids equally
10. Tak semua kita nak, kita akan dapat. 

Banyak laa pengajaran. Korang korek laa sendiri. Aku taknak reveal banyak sangat. Korang tengok sendiri okay! 

Drama ni dilakonkan oleh Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Shasha Abedul, Chubb-E, Adlin Aman Ramli, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Cumanya unknown 😅

Korang kene tengok weh episode 1-8. Jangan missed satu pun! Sama-sama kita nntikan episode akhir Projek Anchor SPM hari Isnin ni. Aku tak pelik weh klu org kata pengarah copy cerita Bad Genius. Thing is, at least pengarah tu buat something new compared to drama cliche. Banyak review yg aku baca mengatakan drama premium PROJEK ANCHOR SPM ni meniru Bad Genius bulat-bulat. Padahal tak pun. Kalau diorang tak start, siapa nak start? 

No comments:

Post a Comment