December 27, 2020

Dumplings

Haritu aku godeh-godeh Instagram. Aku ternampak satu post pasal dumplings. Tiba-tiba pulak perut aku rasa lapar. Tengok jam masa tu pukul 3 pagi. Kalau tersedar aku mesti lapar. Aduhai, macam mana nak kurus ni kalau tengah-tengah malam terjaga mesti lapar. Ada solution tak? Untuk next day, aku cari laa recipe dumplings dekat Youtube. Ada yang tak tahu beza Wanton, Dumplings and Dim Sum. Ha tulah, Kak Jah pun tak tahulah, nak. Hahah well, ada yang kata diorang ni lebih kurang karipap. Karipap ada orang panggil epok-epok. Rupa yang sama, tapi nama dia banyak. Keesokan harinya, aku pun punggah laa freezer. Punggah punya punggah, alhamdulillah masih ada lagi saki baki daging korban. Haha aku rasa macam, yes! Akhirnya Tuhan bagi aku rezeki untuk buat dumplings yang dah 3 malam aku mengidam. 

Aku pun keluarkanlah daging korban tu and asingkan daging dengan lemak. Daging tu aku potong cube kecik-kecik atau nak senang cincang je. Masa masak tu nampak daging tu berderai. Okay, ini adalah resepi dumplings yang aku beria-ria sangat nak buat jom kita start. 

Inti dumplings

500g daging lembu or ayam 
*(nak beli yang minced punya boleh, nak beli daging fresh pun boleh. I prefer yang fresh sebab kalau guna minced chicken or beef, daging dia tak berapa rasa. Ikut suka koranglah nak guna daging apa pun. But for non Muslim, if you r reading this, nak guna porky porky pun boleh)
1 biji bawang holland (diced) 
3 ulas bawang putih (chopped) 
1 inch halia (chopped) 
Garam and blackpepper secukup rasa
1 tbsp minyak masak (but in Chinese style they tends to use, sesame oil. Kebanyakan Chinese cuisine memang guna sesame oil) 
1 batang carrot (diparut halus) 
½ biji kubis (diparut halus) *tapi haritu aku tak guna kubis sebab aku ada carrot je. So aku guna jelah apa yang ada. 

Cara-cara buat inti dumplings


Kebanyakan resepi dumplings yang aku jumpa, diorang tak masak inti ni. Tapi untuk mengelakkan sakit perut, ada baiknya aku masak bende ni. 

1. Panaskan minyak masak. Minyak tak perlu banyak. Sebab nanti daging tu sendiri akan keluarkan minyak.
2. Masukkan bawang holland, bawang putih, halia, carrot dan juga kubis. Masak sampai dia layu. 
3. Then masukkan daging tadi. Gaul rata. 
4. Masukkan garam dan blackpepper secukup rasa. Dah siap, angkat dan ketepikan. 

Dumplings Skin

Dumpling skin ni, ada yang jenis suka buat sendiri. Tapi kalau kau malas, nak guna dumpling skin segera pun boleh jugak. Cari kat bahagian pastry sejuk beku, nanti kau jumpalah. Bentuk dia bulat². Ada yang tak tahu beza dumpling skin yang mana satu. Sama ke dengan kulit Wanton? Tak sama rasanya. Rasanyalah. Kalau aku salah itu normal sebab aku bukannya Cina kan. Kulit dumplings segera ni bentuk dia bulat dan berlapis². Kalau kau pernah tengok pakaging papadom, ha lebih kurang macam tulah. 


Ha ini dumplings pastry ni. Haritu aku try guna yang segera punya. Tapi dia punya outcome tak menarik. Bila kita rebus dumplings tu and angkat, dia melekat² each other. So aku prefer buat sendiri dumplings skin. Ah terlebih rajin pulak. Barulah puas hati makan. So ini cara aku buat dumpling skin sendirian berhad. Bahannya mudah saja, korang just perlukan; 

1 ½ cawan tepung gandum 
Garam secukup rasa 
Air secukupnya. 

Cara-cara buat dumplings skin

1. Kau masukkan 1½ cawan tepung gandum dalam besen ke apa ke. Yang senang untuk kau uli lah. Kalau guna mangkuk yang kecik kan susah nak uli. 

2. Then masukkan garam secukupnya. Gaulkan tepung tadi dengan garam. 

3. Then kau curahkan air secukupnya dalam tepung tadi sampai membentuk doh. Kalau cair sangat, tambahkanlah tepung sikit. Kalau agak-agak doh tu dah mengkal, ha uli dengan penuh kasih sayang. 

4. Next, bulat²kan doh tadi ikut ukuran sendiri. Kalau aku, ikut suka hati je. Lepas dah bulat-bulatkan, rehatkan doh tu dalam 5-10 min dan tutup guna kain lembap. Sebab nak elakkan doh tadi kering. 

5. After 5-10 minute rehat, kau taburkan tepung gandum atas papan canai tu, amek doh yang dah bulat² tadi, gelekkan sampai dia jadi bulat nipis. Jangan nipis sangat. Nanti koyak dumplings skin tu. 

6. Next, isikan bahagian tengah dumplings skin tu dengan inti daging tadi. 

7. Kelim dumplings ikut suka korang. Kalau aku, prefer buat macam betuk karipap tu. Senang. Ikut kreativiti masing-masing nak buat macam mana. Nak lekatkan kulit dumplings tu kau kene basahkan hujung jari dengan sikit air. 

8. Rebus, kukus, goreng ataupun grill ikut suka korang. I prefer rebus and kukus. So that lebih sihat and also dan texture dia lebih chewy. 

Sekian sahaja resepi masak-masak dari aku. Korang boleh cuba bagi laki engko makan. Bye!

No comments:

Post a Comment