September 07, 2017

Tooth ache vs first experience went to dentist for scaling

Harini aku pergi check gigi. Dah lama sebenarnya sakit gigi since before cuti lagi. Dala masa tu tengah exam. Memang serba serbi takde mood nak makan, nak study apa semua. Gigi yang bermasalah adalah WISDOM TOOTH

Penat tau sakit gigi ni. Semua bende tak boleh buat. Sikit-sikit takde mood. Lepastu bila orang lain bercakap, ketawa and bersuka suki and you found that kau tak boleh join, mesti rasa macam nak sepak sepak je orang tu kan? Haha normal thing. Setakat ni first experience aku ialah cabut wisdom tooth kanan bawah kan? Ha kali ni yang sakit belah kiri bawah pulak. Serious mengada-ngada gila. Dala dua-dua tumbuh horizontally. Sakit tau. Yela sebab biasanya gigi kan tumbuh vertically. Wisdom tooth akan jadi sakit sebab dia takde space dekat belakang tu. So dia berdegil nak keluar, dia akan paksa gigi geraham sebelah dia dan akan mengakibatkan gusi bengkak. 

Ha tu baru cerita pasal wisdom tooth. Belum cerita pasal gigi aku yang berlubang serta pecah dan reput. Tulah nasib manusia yang 'rajin' gosok gigi before tidur. Lain kali sebelum tidur tu gosok gigi! Jangan malas! Tengok, gigi kau pecah dan berlubang. Nasty gila. Masa aku matrik dulu, pergi jumpa dentist memang diorang dah sahkan gigi bongsu aku keempat-empat dah rotten. Alamatnya memang kene cabut laa tak boleh buat apape.

Gigi yang berlubang ni tadi dentist kata memang takleh bawak bincang dah. Memang wajib cabut sebab dia dah pecah and jadi tajam macam gigi taring aku. So whenever I chewed something, dia akan makan sekali dengan pipi aku. Worst thing ever! Memang sakit sangat sangat sangat. Tak selesa laa. Gusi aku pun memang bengkak, merah apa semua. Sakit tak payah tanyalah. 

Tadi pun aku just buat scaling je *(or else cuci gigi). Ha yang ni memang seumur hidup 20 tahun aku tak pernah buat. Function buat scaling gigi ni ialah sebab nak buang semua tartar or plaque yang ada kat surfaces of the teeth berhampiran  dengan gusi. Plaque ni, kotoran/taik gigi ko/ sisa makanan yang lekat kat gigi and tak bersih. Sebab apa dia ada? Sebab ko pemalas gosok gigi. Sakit tak? Tak pun just ngilu jelah. Berdarah sikit je. Dentist kata gigi aku surface yang luar semua okay, bersih, cantik. Tapi bahagian dalam mulut banyak gila plaque haha nampak sangatlah malas nak jaga gigi subhanallah YA AULLOH AMPUNI NABILA YA AULLOH!
Image result for scaling teeth

Tulah, lain kali jaga gigi. Sebelum tidur tu berus gigi. Jangan nak malas sangat. Ha, yang pasal dua gigi aku tadi tak jadi cabut sebab 9/9/17 aku dah nak menapak Nilai pulak. 11/9/17 dah nak daftar. So memang tak sempatlah cerita dia. Ikutkan boleh je buat dekat sini haha tapi lambat mengambil tindakan aku ni. So, dentist suggest, pergi rujuk kat pusat kesihatan Uitm and then dia akan buatkan surat untuk pergi pakar dekat Sungai Buloh.

I think the fees maybe kene bayar around 50 bucks. I think laa. I'm not sure pulak if dah ada surat uitm boleh dapat free ke kan hahah. Sampai Sungai Buloh dia suruh cabut dua-dua sekaligus. Peh cuakzzzz! And then uitm takleh buat xray untuk gigi aku haritu sebab entah apa tah masalah dia. Kalau dekat pakar, dia akan buat xray untuk satu mulut. Memang nampak laa semua gigi. Tapi condition gigi bongsu aku haritu memang near to the nerve. Nak taknak memang kene cabut. Kalau tak sengsara hidup.

Scaling gigi, check gigi dekat dentist memang kene buat every 6 months. Tak boleh biar lama-lama nanti gigi berlumut. haha takdelah. Just reminder for me myself and for those yang tak reti jaga gigi kat luar sana. Sedar-sedarlah dik non, gigi ni satu-satunya tulang yang boleh cuci. So jagalah elok-elok.

No comments:

Post a Comment