March 04, 2025

BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR & PERGI

Aku ni orang perempuan. Yang tak lari dari fitrah yang ingin dicintai lelaki. Tak kisahlah dengan siapa, umur berapa, aku selalu jadi terlalu bodoh untuk semua lelaki yang pernah dengan aku. Pernah aku disakiti berkali-kali. Pernah aku dibiarkan sendirian tanpa kepastian, pernah aku ditinggalkan dengan alasan hukuman atas tindakan aku. These kind of things happened many times. Sedar tak sedar masa berlalu, mereka lupakan aku dan tinggalkan aku tergantung sepi tanpa jawapan. Sedar-sedar, dah ditinggalkan dan menikah dengan orang lain. Aku? Aku tetap sendiri. Menanti tanpa kepastian. Menanti tanpa jawapan. Kadang-kadang terasa jugak nak ubati kesunyian dalam hati.

Then, bila dah jumpa orang lain, barulah aku tahu, sebenarnya lelaki tu sama je. Buya Hamka pernah berkata dalam karyanya, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya sahaja. Walaupun kecil dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain. Padahal begitu besarnya. Lupakah kau diantara kita siapa yang kejam?

Mungkin aku yang kejam. Kejam terhadap diri sendiri. Sebab tak pernah sayang diri sendiri. Apa yang aku boleh kata, lelaki zaman sekarang qualitynya dah berkurang. Bukan takat quantitynya dah pupus, valuenya juga rendah. Maaf cakap, aku bukan nak merendahkan dan pukul rata semua lelaki. Mungkin aku belum memaafkan seseorang yang dah bunuh aku perlahan-lahan. Mungkin aku belum redha dengan semua perkara yang menyakitkan. Tuhan saje yang tahu perasaan aku sekarang. Aku tahu, bende ni berlaku semua atas ketentuanNya. Pasal kita tak tahu apa surprise yang Allah nak kasi akan datang.

Aku dengan dia plan nak nikah end of year 2025. And plan nak tunang end of last year. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita. Dia tarik diri 2 bulan sebelum majlis tunang. 11/10/2024. Aku tak tahu kenapa dia pilih date yang senang untuk dia ingat. Dia pilih date 14/12/2024 untuk tunang. 11/12/2024 tu birthday dia. Adakah dia dah prepare dengan semua ni? Aku jadi suspicious sangat. Ok lah pasal date tu tak kisah.

Macam mana jumpa? Kami jumpa dekat social media. Zaman sekarang, semua hujung jari. Nak putus, nak lafaz cerai pun dalam telefon je. We decided to meet each other on 09/12/2023. 2 months after aku break up dengan ex aku yang sebelum dia. Weh, cepat ya aku move on masa tu. Masa tu aku tak fikir panjang. Aku just fikir aku nak happy. Sedangkan aku in relationship dengan ex aku tu 6 tahun, tapi tak kahwin. Aku decided beranikan diri masuk Singapore. That time memang aku gamble je. Takde sesen pun SGD dalam tangan aku. Excited punya pasal nak jumpa someone yang aku dah kawan dekat setahun. Sebelum ni dia pernah hilangkan diri after mak dia diagnosed cancer.

First time aku jumpa dia, dia terus bawak aku jumpa mak dia. Which, aku rasa “Oh, this guy memang nak serious sebab bawak jumpa mak terus.” Few days after we met, he confessed and i accepted. Aku tahu dia siapa, aku tahu segala kekurangan dia. Tapi sebab hati ni dah sayang and cintakan sangat-sangat, aku terima dengan hati terbuka. Aku terima segalanya. At first, dia seorang yang sangat romantic, suka buat surprise even bende tu kecil. Sedar tak sedar, aku dah mula rapat dengan family dia (mak dia, makcik dia, kenal adik-adik dan family besar dia).

Dia ada plan nak jumpa ibu apa semua untuk pinang aku. Pasal hantaran, pasal itu ini semua dah bincang. Duit hantaran pun dia setuju dengan berapa yang family aku letak. Dia dah discuss dengan pakcik makcik dia pasal ni. That time aku rasa betul-betul yakin yang aku akan kahwin dengan dia. With those assurances that he gave to me, aku memang yakin he’s the one. Then family aku pun dah kenal dia apa semua bila dia wujudkan diri dia depan family aku masa raya tahun lepas (2024). Then small preparation dah dibuat, few bookings dah dibuat. That time, aku rasa memang akan jadi kali ni.

Tuhan maha mengetahui segala apa yang berlaku atas muka bumi. Allah nak tunjuk. Satu per satu keburukan dia aku nampak. Masa tu, aku dah rasa “Adui redflag lah dia ni. Banyak sangat. Should i leave him?” Aku just ajukan soalan ni dekat Kak Nab. Tapi Kak Nab suruh aku sabar and stay. Maybe semua ni ujian. Aku pun sangka baik jela. Aku perasan after 6 months plan nak tunang, dia slowly berubah. Dah tak macam awal-awal dulu.

Bila tarikh dah dekat, family kitorang semua dah start tanya. “Jadi ke tidak” Aku just jawab berbasa basi, “Insyallah, ada jodoh, adalah” Tapi muka aku memang tak boleh bohong yang aku sekarang tengah ada masalah dalam relationship yang tak ada siapa boleh selesaikan melainkan both of us.

Yang aku perasan, lepas dia dapat kerja baru, dia mula berubah. Sikapnya berubah, dia macam layan aku nak taknak. Dari riak wajah dia memang nampak yang dia terpaksa layan aku. Dia banyak gunakan alasan dia penat kerja. Aku cuba faham. Hari-hari aku menangis. Hari-hari aku try reach dia thru call and messages. Jarang sekali dia nak reply or call. Ada tu, aku masuk Singapore tak bagitahu dia. Cuma mak dia je tahu. Tu pun aku rasa masa dengan dia memang dah kurang. Semua terasa sangat dry. Aku tak tahu mana salah aku. Dia tak bagitahu apa yang berlaku sampailah 11/10/2024.

Lagi pulak dia baru lepas accident. Masa tu lagi merisaukan aku. Aku tak tahu perasaan dia masih ada ke tak masa tu. Aku cuba taknak ambik tahu pasal dia. End up, dia bagitahu aku yang dia risaukan duit. Mula-mula cakap pasal duit. Then cakap pasal feeling. Masa tu hati aku betul-betul tak tenang. Aku risau. Makin hari makin risau. Aku fikir, manalah dia letak diri aku masa tu. Mungkin aku ni macam angin lalu je untuk dia. Perasaan memang dah tak sama macam dulu.

11/10/2024, pukul 10.00+ AM gitu. Hari Jumaat. Aku ingat lagi, aku tengah kerja. Then aku ternampak satu message yang aku archived dari pandangan aku. So, aku tap archived message tu and surprisingly it was from him. Dia kata dia nak putuskan hubungan sebab dia ada masalah family. Masalah family yang langsung takde kaitan dengan relationship kitorang. Aku masa tu terus meraung gila-gila. Aku call dia and respond yang aku dapat memang menghampakan. Cukup menghampakan. Aku terduduk, aku rasa dunia aku betul-betul gelap. Masa aku call dia tu, aku boleh dengar dia punya tone suara and aku rasa dia memang betul-betul dah tak ada perasaan dekat aku. Perasaan yang betul-betul mati.

Malam sebelum dia putuskan hubungan, aku buat solat istikharah. Aku doa sungguh-sungguh kat Allah supaya tunjukkan aku kalau betul laa lelaki ni baik, tunjukkan yang baik. Kalau dia tak baik, tunjukkan yang tak baik lah. Allah maha mendengar dan Allah sayang aku. He answered me immediately. Esok pagi tu aku terus dapat jawapan sebab masa tu aku rasa aku dah serahkan segalanya dekat dia. Tapi aku masih bersedih after breakup tu. Tak sangka, kau blah gitu je. Kau dah janji itu ini, pastu kau lari?! Sumpah pengecut. Dia takde datang mintak maaf dekat family aku or call ke. Paling kurang pun call je kalau rasa macam tak boleh masuk Johor.

Lepas dari hari tu, aku just jumpa makcik dia and aku nak jawapan yang crystal clear dari makcik dia. Then makcik dia bagi aku jawapan yang aku sendiri rasa ragu-ragu. Aku tak tahu apa yang dia dah cakap dekat mak and makcik dia. Post breakup haritu aku terus call mak dia and adik perempuan dia. But none of them picked up my call. Cuma makcik dia je yang respond. So aku pulang semua barang-barang dia. Aku taknak simpan satu pun. Dulang hantaran semua aku buang. Kain yang nak buat baju nikah, baju sanding semua aku kasi dekat orang. Kalau aku simpan bila aku nak move on?

Maybe bukan aku sorang je yang rasa peritnya tak jadi kahwin. Mungkin ramai lagi yang rasa cuma sebelum ni aku tak tahu tak jadi kahwin tu sebenarnya terlalu sakit untuk ditanggung. Aku dapat tahu dia main dating apps and looking for someone. Pastu, aku dapat tahu yang dia selama ni dah main dating apps tu 6 bulan sebelum putus. Padahal aku setia je dengan dia. Im the one who wants to fight for this relationship. Then haritu, aku nampak dekat social media dia, rupanya dia dah date someone else. Cepatnya dia move on.

While aku dekat sini? Terperangkap dalam memory. Terperangkan dalam perasaan aku sendiri. Aku ni tinggal sorang-sorang. Macam-macam aku fikir. Kadang-kadang aku terfikir, “Aku ni tak layak bahagia ke?” “Baik mati jelah macam ni”. I been thinking that i want to end my life. I struggled a lot. While dia? Happy dengan orang baru.

Kisah ni buat aku betul-betul trauma dengan lelaki. Betul-betul trauma dengan janji manis and buat aku betul-betul rasa taknak in relationship dengan mana-mana lelaki. Aku sampai rasa numb. Aku sendiri confused dengan apa yang aku rasa. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, aku ni ready ke nak in relationship sekali lagi? Dah ready ke nak tunggu lelaki lain sekali lagi?

Wallahualam. Aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku rasa and apa yang aku buat sekarang. Tidur malam aku dah tak seindah dulu. Aku asyik terbayang-bayang. Aku asyik recall. Tiap kali lalu dekat tempat dating, aku mesti teringat dia. Kalau tidur tu kadang-kadang aku mimpi dia. Mimpi dia datang balik, mimpi dia dengan family dia. Kitorang dah tak ada apape and it didnt end well. Sebab aku tak dapat jawapan yang sebenar. Kalau dia bohong aku, itu terpulang pada dia. Aku tak tahu apa situasi sebenar dan aku masih lagi tertanya-tanya. That time, aku menangis macam orang gila pun aku takkan dapat jawapan dari dia. Unless, Tuhan uji dia macam mana dia buat aku.

Kalau orang dah taknak, aku takkan paksa dan aku akan terus pergi. Like, vanish je dari hidup dia. Aku tak harapkan kau datang mintak maaf dekat aku atau family aku. Aku harap kau takkan ulang lagi perkara yang sama sebab aku dah rasa betapa peritnya tahan rasa marah and sedih pada waktu yang sama. Aku takkan balas perbuatan kau tapi aku cuma harap Allah je balas perbuatan kau ni. Biar Allah ajar kau cukup-cukup. Mungkin aku perlukan ruang dan waktu untuk bertenang and cari damai di hati. Aku rasa cukuplah sampai sini. Aku dah tak larat tanggung derita cintakan dan tunggu orang yang salah.

Allah sayang aku sebab tu dia pisahkan aku dengan orang macam ni. Based on pengalaman lepas, aku dah taknak kejarkan lelaki. Aku dah penat. Aku rasa, cukuplah. Banyak sebab kenapa Allah pisahkan aku dengan dia. Mungkin dari awal pun Allah dah tunjuk dia punya keburukan. Tapi aku je yang ignore. Umur berapa pun aku kahwin, tak penting dah untuk aku. Maybe aku deserve a good life, happykan diri dulu. Kalau ada jodoh, ada lah. Sebab semua ni rahsia Tuhan. Doakan aku ya? Kepada si Dia, aku nak ucapkan terima kasih untuk memori yang terlalu banyak untuk dikenang. Terima kasih untuk yang baik dan yang buruk. Tiada dendam aku terhadap kau.

Bukan kerja aku untuk membalas, cukup Allah yang balas on behalf aku. Aku harap kau bahagia atas penderitaan ni dan tak perlulah kau cari aku. Cukup kau tahu yang aku dah pergi dari hidup kau sebab kau yang mintak. Jodoh kita takat sebelum tunang je. Itu pun dah terlalu banyak untuk aku hadam. Aku tak pernah mintak dan aku tak pernah ready pun dengan semua ni. Aku anggap semua ni aturan Allah dan aku harap lepas ni Allah bagi yang terbaik after all this shits. My fav quote harini dan selamanya adalah, “Selepas hujan pasti ada pelangi”. Selamat tinggal, MH 💔

No comments:

Post a Comment