Assalamualaikum. Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam entry yang terbaru. Kali ni I'm not gonna be acah-acah beriman laa. But, kita ni manusia kekadang selalu mencari hikmah disebalik kejadian yang berlaku baru-baru ni. Sedar tak sedar dah 9 bulan 4 hari (sejak 18 Mac 2020) kita dikuarantinkan ataupun kita stay dalam fasa PKP/PKPB/PKPP. Anyway, this is the most unbearable event and also really give some negative impact to our society. Ramai berhenti kerja, ekonomi jatuh, harga minyak kejap naik kejap turun, nak makan susah, ramai takde duit untuk teruskan hidup dan masyarakat perlu bersedia dengan anak-anak yang buta huruf atau ketinggalan dalam pelajaran. Sumpah cakap, aku sedih gila. CORONA VIRUS has been spreading all over the world. No matter you are rich or poor, you have a stable job or part time job, semua kena. Tak ada yang terkecuali. Allah, inilah kuasa Allah yang Dia nak tunjuk dekat kita. Like, ribuan kes di serata dunia, dan berjuta manusia mati angkara Corona Virus ni.
Angkara siapa semua ni? Apakah agenda tersembunyi mereka? Adakah ada kaitan dengan konspirasi-konspirasi yang wujud zaman sekarang ni? Wallahualam. Serahkan sahaja pada Allah. Because God is the best planner ever. So kita yang berbaki teruskan hidup dan sama-sama doakan dunia kita selamat dari serangan wabak COVID 19. Alfatihah.
I really cant imagine how's my life if arwah ayah masih hidup pada zaman COVID 19 ni. Yela, kalau ayah hidup aku yakin dia akan ada banyak appoinment kat hospital (General Hospital). Kau tahulah hospital kerajaan macam mana kan? Sesak dengan orang sakit, dengan waris-waris apa semua. Jadi macam mana nak jaga dia? Ada hikmah laa kan Allah ambik ayah tu awal.
Here aku nak share few personal opinion on pengajaran yang aku dapat dari pendemic ni. Hadam elok-elok. Kau boleh deny. But I'll make you think twice. Just read and relax. Fikir dalam-dalam on apa yang aku tulis ni.
Selalu semua orang sibuk hal dunia, kerja balik malam, keluar lepas subuh, hadap jammed. Hari-hari kau repeat bende yang sama. Berapa lama je masa kau tengok muka anak? Muka bini? Ha masa pandemik ni kau hadap muka family kau, laki bini, anak-anak, mak ayah. Sekali sekala cuti lama sikit jenguk mak ayah, kan seronok.
2. Allah ajar kita cara untuk jaga kebersihan.
For me semua agama ada terapkan nilai kebersihan. But in Islam, it is way too perfect compared to other religion. Pegangan masing-masing laa. Islam ni perfect. Islam memang mengajak kita untuk jaga kebersihan. Complete dengan wuduk, mandi, jaga diri dari sebarang najis, cara bersuci dan banyak lagi.
Nak-nak bila ada COVID ni semua gelabah cari disinfectant laa, hand sanitizer laa, pakai glove bagai, hand wash laa. Kalau tak selama ni semua bende put aside. Tak endah pun pasal kebersihan. Botol sabun tangan pun diletak liquid pencuci lantai. Ada ke patut -,- So post pendemic ni semua orang sedar yang COVID ni tak main-main.
3. Allah tunjukkan kat kita betapa degilnya manusia
Tak payah cakap penduduk dunia ni ramai yang degil. Dekat Malaysia pun dah jelas memang ramai yang degil. Buat perangai. Baru jumlah kes turun sikit dah travel perfi Sabah bagai. Sabar-sabarlah sikit. Ini sifat manusia laa. Tak boleh buat apa.
Awal-awal dulu pun memang ramai tak dengar kata. Ada yang jenis keluar rumah ikut suka sebab nak merayau. Ada pulak jenis tak reti pakai mask. Ada pulak yang jenis taknak jaga penjarakan. Naudzubillah -,-
4. Allah tunjukkan betapa hebatnya ujian dia asbab dari dosa manusia atas bumi ni
Pernah dengar tak, orang selalu cakap "buat baik, dibalas baik. Begitulah sebaliknya." Sometimes Allah bagi cash atas dunia sebab manusia dah melampaui batas. Im not talking about other ppl laa. All people making sins, making mistakes in their life. Including me myself pun memang menimbun dosa.
So, we deserve this pendemic due to our past mistakes, past sins. Kita tak tahu, Allah tegur kita berapa banyak kali dengan cara halus, cara lembut untuk buat kebaikan dan tinggalkan dosa lama. Tapi manusia jarang nak berubah. Semoga Allah berikan kita hidayah untuk berubah dan bertaubat kepadaNya. Insyaallah amin.
5. Allah ajar kita untuk guna masa sebaik mungkin dengan aktiviti berfaedah
Masa tu bulan puasa. Memang ramai yang main TikTok. Ramai yang berjoget-joget nak isi masa lapang. Tapi masa tu aku cam bangga sebab ramai jugak orang berotak. Guna masa muhasabah diri, solat taubat, solat jemaah sama-sama, solat terawih sama-sama, khatam alquran. Masa tu macam semua orang stop kerja and rehat je dekat rumah. Nikmat weh. Kau busy kot selama ni. Selalu kata masa tak cukup, now Allah bagi kau masa rehat puas-puas kat rumah.
6. Allah suruh kita sabar, nilai diri sendiri dan berehat.
Tengok, banyak sangat hikmah yang Allah tunjukkan kat kita. Memang, semua orang stress, semua orang terkesan dengan COVID-19 ni. Tapi ramai mana yang nampak hikmah sebalik kejadian? Syukurkah kau wahai manusia di bumi Malaysia? Cuba bandingkan diri kita dengan negara yang setiap hari kene bom? Sumpah cakap aku kesian lagi kat diorang. Allah tu adil. Dia bagi sama rata. Sama-sama susah.
7. Allah ajar kau makna TANGGUNGJAWAB
Sebelum ni mungkin dalam kalangan kita ada yang diberikan tanggungjawab like kerja ataupun belajar ataupun tugas kita jadi hamba Allah kat muka bumi ni. Adakah kita sebagai pekerja, pelajar ataupun hamba Allah ni menjalankan tanggungjawab dengan baik?
Kita semua manusia. Manusia ni mudah lupa. Ada masa rajin, ada masa malas. Ada masa ikhlas, dan ada masa memang tak ikhlas. Susah nak didik hati kita untuk ikhlaskan hati bila kita tengah MALAS. Kadang-kadang kita buat sesuatu tu asal siap, sambil lewa and also ada yang buat sesuatu sebab kita nak dapatkan sesuatu (nak dapat duit/gaji lumayan, nak dapat keputusan cemerlang, nak dapat pahala berlipat ganda utk diri sendiri)
Kita rasa kita buat semua dah cukup sempurna. Tapi bila COVID ni mai kat dunia ni, aku belajar satu bende je. Kan bila start lock down ramai yang kena berhenti kerja, kena attend class online and surau-surau dan masjid-masjid semua tutup.
Tapi adakah kita sedar yang selama ni nikmat yang Tuhan bagi tu kita gunakan sebaik mungkin ataupun kita sia-siakan? Muhasabah.
Lastly aku nak cakap, sama-samalah sabar kat rumah. Aku tahu ramai yang kene buang kerja, takde job masuk apa semua. Aku pun takde job. Directly after aku berhenti kerja, terus COVID. Masa tu semua orang takut. Tapi, alhamdulillah kes makin turun. Lepastu tiba-tiba naik balik. Haihh. Anyway, jangan merayau duk jela kat rumah (macam cakap kat diri sendiri jek ehek), pakai mask, jaga jarak and pakai hand sanitizer. Jaga diri okay? Bye.
No comments:
Post a Comment