September 07, 2017

Third Semester: No pain no gain!

Assalamualaikum. Hey guys!

Dah prepare ke nak masuk sem 3? Mesti ada yang dah kan? Mintak notes dekat senior, download past year and dah try ushar-ushar subject untuk next sem. Wah excited betul nak masuk sem 3. Ha ni dah masuk second year ni hopefully semangat laa nak study, nak naikkan lagi pointer and perbaiki mana yang lemah. And I'm sure memang ramai yang dah ada azam baru nak baiki pointer, nak buat assignment awal, nak study awal untuk test and everything else. Hopefully takdelah sembang sepanjang masa and harapannya supaya semua yang kita azamkan berbalik kepada niat yang asal kan? 

Ha, amacam result kau sem 2? Okay ke tak? Alhamdulillah okaylah. Aku dapat 3.26. Adalah rasa sedih sikit. Tapi takpelah rezeki tu kan kerja Tuhan. Kalau kita usaha lagi sikit semua akan jadi okay. Yang penting, teruskan usaha, doa dan tawakkal sepenuhnya pada Dia. Kalau dapat maintain 3.0 above til graduate, insyaallah ada rezeki first class degree. Kolej cane? Alhamdulillah dapat merasa duduk kolej takat ni. Sem depan kene rajin lagi laa kumpul kolej. Hahah sem depan duduk aras 9 bhai gayat siaa nak tengok bawah. Alang-alang stress, terjun terus je. hahah takdelah gurau je noks.

Sem baru, semua nak azam baru and semangat yang baru, right? I guess this sem gonna be tougher than before. There's so many obstacles and no way to escape. Just face it. Okay? Kalau dah nama student memang tak lari laa dari kelas pagi, tak lari dari group assignment, tak pernah tak bergaduh dengan group members and tak pernah takde onar berduri yang berlaku. Each of those obHa, belum terlambat nak cakap tahniah and welcome to the family kat student baru sem 1 tak kisahlah ko lepasan matrik ke stp ke dip ke especially yang dapat course Bachelor Park And Amenity Management (Hons)

Haritu before aku delete account twitter, aku sempat gak ah share kat certain people pasal course ni. Yang tanya semuanya lepasan diploma. Pada aku, kalau kau lepasan diploma kira hebat. Bukan diploma biasa-biasa punya. Ada yang dari town planning, landscape, ada yang dari interior design. Masing-masing ada basic in designing and tahu laa macam mana nak settlekan masalah bila on site. Alah takat GIS, Autocad apa semua tu apalah sangat bagi diorang. Lagi untung kalau diploma penerapan. Gila banyak dia punya credit hours boleh tolak. Untung! Yang kesiannya lepasan matrik. Apape pun, jangan blur dulu bila dapat course ni. Sesungguhnya course ni best. I talk seriously.

Basically pengurusan Taman dan Ameniti ni course yang lepak maut. Schedule always free. Tak busy manalah. Kalau busy pun naik part 4-6. Banyak sikit kerjalah. Tapi apa yang korang akan belajar bila korang masuk course ni?

Dari segi pemahaman aku sekali imbas, course ni explain pasal management on taman. Like I have explained before, kita belajar pasal behavior orang yang melawat taman, financial, basic needs untuk taman, environment and human resources, their facilities and banyaklah! Ramai yang tanya course ni sama macam landscape ke?


Not really laa. Sebab landscape more to design and must know deeper about the concept tapi kita belajar manage. Landscape dah design, kita laa kene manage. Yang paling best and rasa nak silang panggung ialah, course ni banyak berjalan! Superb kan????? Boleh kata each semester memang banyak jalan laa. Pergi sana sini. Taman itu taman ini, hutan itu hutan ini and so on. I talk based on what have been told by the seniors. Tak percaya, tanyalah senior sendiri.

Okay so, tak payah risau. Kerja ada ke tak. Sekarang, course mana-mana pun memang payah dapat kerja. Nak pandang kerja, gaji apa semua memang takleh nak pilih laa. Apa peluang ada depan mata, grab je. Jangan banyak soal. Jatuh bangun tu, kita tentukan sendiri. Yela, this is reality doh! Ingat ini drama melayu ke masuk-masuk kerja boleh dapat jadi executive? Boleh dapat IR? Boleh jadi manager? Kalau bapak kita ada syarikat besar sendiri pun tak patut suruh anak jadi manager. Ikutlah anak dia tu punya prestasi kerja kan? Kalau bagus, ha layak laa dapat manager. Ini kalau mengarah lebih dari kerja and lebih angin satu badan je buat apa?

So semua tu urusan Tuhan. Kita belajar je dulu. Dapat ilmu, apply dalam kerja. Okay so, kepada adik-adik, or maybe ada yang sebaya or lebih tua, selamat berdegree. Berapa tahun pun kau degree, sila tabah ye. And kepada lepasan STP and matrik, selamat ber-MDS *cough* apa yang akak abang faci duk bebel tu tadah je telinga. Esok-esok habis MDS kau boleh sambung tidur tak bangun-bangun pun takpe. Nanti tak jumpa dah diorang tu. Trust me.

Azam baru Nasreen apa seh sem ni?

1. As usual, nak kurus.

Image result for Aizat amdan 2017

Every sem. No, like every year kot aku azam bende yang sama. Dari zaman sekolah pun macam tu. Well, dah haritu aku kene maki bodohlah, busuklah, gemoklah. Ha meh sini aku nak bagi kau maki aku pandailah, kuruslah, wangilah. Sabar jelah dengan perangai manusia. Pening ai! Apa yang buatkan kau trigger and rasa macam kau kene buat something untuk achieve goals kau?

First thing, sebab aku rasa macam yela sekarang penyakit dah macam-macam takkan aku nak stay gemok dari dulu sampai sekarang? Background family aku pun memang ada yang penyakit chronics macam Diabetes, heart disease, obesity and HBP. So why not I start now?

Second thing is, inspiration. Inpirasi aku sekarang ni ialah Aizat. Aizat mana? Aizat Amdan. Alah penyanyi tulah! Ha, aku ada tengok video yang dia
upload kat Youtube. Dalam video tu dia ada cerita sikitlah pasal how he losing his weight, diet yang macam mana dia buat, exercise yang macam mana dia practice and so on. And hasil dia ialah, tengoklah dia sekarang. Hensem kan?? THE KEY IS, NEVER GIVE UP AND CONSISTENT. That's all. Kalau kau nak buat apape pun discipline memang penting. So dia disiplinkan diri dia untuk buat exercise consistent apa semua. Kalau Aizat boleh buat, kenapa aku tak boleh?

Tambah pulak, kebetulan sem ni ex-roomate aku nak buat come back katanya. She would like to join Taekwando balik semula and nak stamina so dia ajak aku join training dia. Hari-hari jogging katanya, Serious aku excited doh part ni. Nak-nak ada orang teman jogging hari-hari pulak. Lagi semangat aku nak kurus.

To be honest, aku pernah kurus masa aku form 2 til form 3 tak silap aku. Kejap jela. Serious aku puas hati dengan usaha aku, sebab ada kawan yang support aku untuk kurus and teman aku pergi jogging. Masa tu tak payah cakaplah, size baju aku daripada XXL or XL reduce pergi M to S. Kau rasa? Tapi silap aku tak maintain. Aku masuk je SBP, aku naik balik sebab yela duduk SBP bukan tanda aku bahagia. Aku stress sebenarnya. Dengan belajar takleh nak catch up, dengan masalah member, masalah itu ini, masalah tak suka sekolah pun ye. LMAO

So, what's your reason now? Lagipun cuti ni alhamdulillah aku dah start diet apa semua. Aku kurangkan amek nasi which high in carbs and kurangkan amek gula. Masak pun tak pakai minyak masak biasa. Aku pakai olive oil. Honestly, berat aku 86-87kg haritu masa aku timbang berat aku masa awal cuti sem. Hujung cuti sem ni aku dapat lose weight sampai 80kg! Yes! Tapi tak elok jugak hek kurang makan tanpa exercise. Lemak tak terbakar, berat jelah susut. Body tak well-toned pun lulz. Hopefully yang nak jogging hari-hari ni tak nyembang kencang laa wahai Ampang!

The next thing is, aku nak buktikan dekat orang yang dah maki hamun aku, reject aku mentah-mentah and for those yang asyik judge aku je. Kalau aku kuat, aku tak sembang. Serious, aku nak kurus sebab diorang bakar semangat aku. Bukan nak balas dendam, but aku nak tunjuk kat diorang yang aku ni bukan lemah! Kalau aku keep listening to them yang asyik baling taik and buat bodoh je, masalah tak selesai pun. People will always think that I'm weak. 

Yela, sedih weh jadi orang gemok ni. Dala gemok, tak cantik, bf pun takde. HAHAH ni kelakar. Aku kurus bukan untuk siapa-siapa pun. Bukan untuk nak dapat boyfriend. Kalau kurus esok pun, tiba-tiba datang mamat tah mana-mana try ushar-ushar pancing apa semua, aku rasa patut direject diorang tu. Sebab diorang takde pun masa aku hodoh, gemok dan tak gembira. Bukannya diorang tahu struggle aku nak kurus macam mana? Masa hodoh, gemok sibuk maki. Lepas dah kurus cam fake gila g ushar-ushar. Tak tahu malu punya jantan. 

Btw, terima kasih kat korang sebab dah maki hamun aku apa semua. Sebab korang pembakar semangat aku. Koranglah yang buat aku kuat. If korang tak buat camtu, aku takde strong desire nak kurus pun. Jatuh bangun pun aku sendiri jugak. Tapi thanks laa weh. Good luck untuk hidup korang. 

2. Struggle for Deanlist

Alhamdulillah untuk result sem ni. Aku pun tak sangka aku boleh buat. Padahal dalam exam hall haritu macam 50/50 je nak hidup ke nak mati pun aku tak tahu. Tapi tulah kita takleh nak deny ek kuasa Tuhan tu kalau nak bagi bahagian masing-masing tu memang ada. Kalau orang lain dah merasa, nanti ada letu bahagian kita. Rezeki tu Tuhan bagi tak disangka-sangka. 


Seronok tengok kawan-kawan dapat deanlist. Congrats untuk korang. Maybe diorang dah struggle teruk dah tu. So they deserve better laa kan. Bukan tak bersyukur dengan apa yang aku dapat. Yela mula-mula cam keciwa jugaklah. Tapi fikir balik, alhamdulillah aku takde repeat paper apa semua. Orang lain ada lagi yang tak senasib dengan aku. 

Janji Tuhan tu pasti. Allah akan bagi if kau ikhlas, jujur and kau berusaha siang malam untuk apa yang kau nak. Kalau tak dapat maksudnya takde rezeki. Maybe memang betul aku ada buat silap even course work aku buat betul-betul carry mark aku score baek punya. Mana tahu lecturer kurang minat dengan perangai aku? Mana tahu markah aku yang on answer sheet tu yang banyak salah? Boleh jadi kan? 

Kalau tak dapat tu maknanya memang takde rezeki. Allah bagi sama rata. Dulu masa kau kat matrik puas dah kau sedih, siang malam nangis sebab orang duk kata aku punya usaha tak ngam dengan result. Bersusah payah usaha siang malam, result kelaut. Manalah tahu kalau aku dapat deanlist nanti aku riak ke, pastu aku asyik rasa tak bersyukur and bangga diri pastu duk compare dengan orang lain? Ha cano? Sabar. Belajar bersyukur dengan apa yang kau dapat. Less comparison the better. Yang penting kali ni, perbaiki apa yang kurang, usahakan mana yang kurang dan yang lebih kasi seimbang. Yang dah bagus, maintainkan. Jangan buat tak endah. Sabar keh. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tu sendiri! Contohilah Aizat!

No comments:

Post a Comment